Pertimbangkan pembahagian pendidikan kepada dua kementerian - Rafidah

Pertimbangkan pembahagian pendidikan kepada dua kementerian - Rafidah
Rafidah berkata, perlu difikirkan semula berkenaan pembahagian dua Kementerian Pendidikan kerana wujud perbezaan besar antara pendidikan rendah dan menengah serta pendidikan tinggi. - Gambar fail/Astro AWANI
PETALING JAYA: Kerajaan perlu mempertimbangkan pembahagian portfolio pendidikan kepada dua kementerian kerana penekanan sama tidak boleh diberikan kepada pendidikan rendah dan pendidikan tinggi.

Menurut bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz, kerajaan perlu memikirkan perkara itu kerana wujud perbezaan yang sangat ketara dari segi keperluan pendidikan di sekolah berbanding pendidikan tinggi.

“Sekarang kita perlu fikirkan semula berkenaan pembahagian dua Kementerian Pendidikan. Mengapa? Ada perbezaan besar antara pendidikan (sekolah) rendah dan menengah, serta pendidikan tinggi.
“Anda tak boleh ada satu polisi kasut hitam bersama polisi Informasi, Komunikasi dan Teknologi (ICT) di bawah satu kementerian.

"Mengapa tidak buat seperti sebelum ini, di mana ada dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan, untuk sekolah rendah dan menengah, dan Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.


BACA: Jangan jadikan pendidikan 'bola sepak' dalam politik - Rafidah Aziz

Rafidah menambah, dengan adanya kementerian yang berasingan untuk pendidikan tinggi, ia membolehkan para pakar dan ilmuan memberi pandangan secara langsung berhubung sistem pendidikan negara.

Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk ‘Keadaan Terkini Sistem Pendidikan Negara Dan Cara Maju Ke Hadapan’ anjuran Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) dan Persatuan Patriot Kebangsaan di Universiti Malaya pada Sabtu.


Tag: Rafidah Aziz, sekolah, pendidikan, Kementerian Pendidikan, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia Gerak, dua kementerian, sistem pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.