PESAWAT syarikat tambang rendah AirAsia X yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo ke Kuala Lumpur terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Naha, Okinawa, kerana masalah engin, lapor agensi berita Xinhua, memetik kenyataan Kementerian Pengangkutan Jepun.

Pesawat itu membawa 379 penumpang dan anak kapal.

Namun tiada yang cedera akibat kejadian itu.

Kementerian Pengangkutan Jepun memaklumkan engin sebelah kanan pesawat itu dikesan bermasalah sekitar 2.15 pagi waktu tempatan, menyebabkan kapten pesawat itu mematikannya, dan membuat keputusan untuk melakukan pendaratan kecemasan.

Pesawat itu selamat mendarat di lapangan terbang berkenaan sekitar 3 pagi waktu tempatan.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan AirAsia X hari ini, semua penumpang disahkan dalam keadaan selamat.

Mereka juga akan diterbangkan pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat khas, D7 689, yang dijadualkan berlepas dari Okinawa pada jam 9.30 malam waktu tempatan pada Selasa, 26 Febuari 2018.

Pesawat dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 2 pagi waktu Malaysia pada Selasa.