awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Berniaga makanan sehingga 10 malam hanya rumitkan kawalan - Menteri

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
23/04/2020
05:30 MYT
PKP: Berniaga makanan sehingga 10 malam hanya rumitkan kawalan - Menteri
ANNUAR: Lebih baik sekiranya perkhidmatan penghantaran terus ke rumah digunakan bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19. Facebook Annuar Rapaee
Tiada keperluan untuk peniaga makanan di Sarawak dibenarkan berniaga sehingga jam 10 malam sepanjang bulan Ramadan.
Ini kerana kebanyakan yang keluar kelak tidak semestinya keluar untuk ke gerai sahaja dan ini hanya akan merumitkan kawalan.
Demikian tegas Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Dr Annuar Rapaee menerusi satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.
“Penjualan menggunakan kaedah bawa pulang (takeaway) hanya akan menggalakkan orang ramai keluar rumah.
“Adalah lebih baik sekiranya perkhidmatan penghantaran terus ke rumah digunakan bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19,” jelasnya.
Annuar menyatakan pendiriannya sebagai respon kepada pengumuman kerajaan negeri menerusi sidang media harian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak semalam.
Tambahnya, ibadah puasa bukan waktu untuk semua umat Islam berlebih-lebih dalam hal menyediakan juadah makanan, terutamanya dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
BACA: Bazar Ramadan tidak dibenarkan di Sarawak tetapi boleh jual depan rumah...
Pada sidang media semalam, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, JPBN memberi kelonggaran kepada para peniaga makanan untuk melakukan aktiviti jualan secara terhad di kawasan kediaman mereka sahaja.
Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan beroperasi dari jam 3 petang sehingga 10 malam dan perkhidmatan hanya terhad kepada bawa pulang (takeaway) sahaja.
Antara lain, Abdul Karim berkata, pelanggan dan peniaga juga perlu mematuhi garis panduan penjarakan sosial bagi memastikan kebersihan dan keselamatan mereka terjaga.
Selain peniaga bazar, turut dibenarkan menjalankan operasi perkhidmatan bawa pulang adalah sektor perhotelan, restoran dan makanan segera di seluruh negeri itu.
Sementara itu, perkhidmatan trak-trak makanan pula tidak dibenarkan beroperasi sama sekali.
Topic Berkaitan
#Annuar Rapaee
#AWANI Sarawak
#bawa pulang
#Bazar Ramadan
#COVID-19
#Facebook
#garis panduan
#kebersihan
#keselamatan
#makanan
#Menteri Muda Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawa
#peniaga
#penjarakan sosial
#Sarawak
#takeaway
#trak makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan