awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Perniagaan di Sarawak beroperasi 7 pagi hingga 7 malam - Dr Sim

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2020
11:22 MYT
PKP: Perniagaan di Sarawak beroperasi 7 pagi hingga 7 malam - Dr Sim
Dr Sim maklumkan had operasi premis perniagaan di Sarawak kekal dari 7 pagi sehingga 7 malam -Foto BERNAMA
Sarawak tidak akan mengikut waktu operasi yang ditetapkan pada jam 8 pagi hingga 8 malam bagi semua perniagaan di bawah fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata kerajaan negeri akan kekal kepada operasi harian selama 12 jam iaitu dari 7 pagi hingga 7 malam.
"Ini kerana rakyat di Sarawak sudah biasa dengannya.
"Di Sarawak matahari terbit lebih awal berbanding Malaysia Barat (Semenanjung). Diharap semua orang tidak keliru," jelas Dr Sim dalam sidang media COVID-19 di sini pada Selasa.
Tambahnya lagi keputusan itu diambil kerana tidak mahu menambah kecelaruan dalam kalangan orang awam dan mengganggu operasi perniagaan terutamanya bahagian logistik dan sektor pengangkutan.
Dalam kenyataan itu juga, sebarang keputusan berkenaan had masa, objektifnya tetap sama iaitu bagi memastikan orang ramai untuk terus kekal di rumah.
Ini bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan yang menjadi keutamaan semua pihak.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin memaklumkan semua premis perniagaan yang menjual barangan keperluan termasuk pasar raya serta stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 8 malam pada Fasa Kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Peraturan itu akan mula berkuat kuasa pada 1 April ini.
BACA: PKP: Premis perniagaan, stesen minyak beroperasi 8 pagi-8 malam
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#koronavirus
#Media
#operasi
#Perintah Kawalan Keselamatan
#PKP
#Sarawak
#sim kui hian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan