Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Kelantan bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku kemasukan pendatang tanpa izin terutama rakyat negara jiran yang kembali ke negara ini untuk bekerja apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa di negeri itu.
Komander AKSEM Kelantan Rusli Karim berkata, golongan itu berkemungkinan besar menggunakan pangkalan haram untuk masuk ke negara ini dan kembali bekerja seperti di kedai makan serta beberapa sektor lain.
"Kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan itu dan AKSEM (Kelantan) bersama agensi penguat kuasa yang lain akan bersama-sama menanganinya," katanya kepada pemberita di sekatan jalan raya di Pengkalan Kubor di sini, hari ini.
Kelantan masih menangguhkan pelaksanaan PKPB hingga diputuskan kerajaan negeri dalam mesyuarat khas Khamis ini meskipun beberapa negeri telah mula melaksanakannya hari ini.
Sementara itu, Rusli berkata sepanjang Ramadan ini kawalan ketat di sempadan terus dilaksanakan terutama di kawasan pangkalan haram dan pihaknya berharap penduduk setempat dapat memberikan kerjasama dalam menyalurkan maklumat.
"Terdapat tiga sekatan jalan raya di Bukit Bunga, Jeli; Pengkalan Kubor di Tumpat; dan Rantau Panjang di Pasir Mas selain rondaan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand," katanya.
Beliau berkata seramai 178 anggota termasuk lima pegawai yang bertugas 24 jam demi menjamin keselamatan di sempadan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 04 2020
Rusli berkata kawalan ketat di sempadan terus dilaksanakan terutama di kawasan pangkalan haram bagi menghalang kemasukan pendatang tanpa izin. Gambar fail/ Bernama
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
PKPB: AKSEM Kelantan siap sedia hadapi kemasukan PATI
Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Kelantan bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku kemasukan pendatang tanpa izin terutama rakyat negara jiran yang kembali ke negara ini untuk bekerja.