PKR mempunyai wakil teramai dalam Kabinet Malaysia dengan tujuh orang Menteri dan tujuh Timbalan Menteri.
Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Saifuddin Abdullah, Baru Bian dan Dr Xavier Jayakumar menyertai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet.
Saifuddin Nasution dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dr Xavier pula dilantik sebagai Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli manakala Baru Bian dan Saifuddin masing-masing dilantik sebagai Menteri Kerja Raya dan Menteri Luar Negeri.
Sementara itu, Timbalan-Timbalan Menteri yang dilantik daripada PKR adalah Shamsul Iskandar Md Akin (Kementerian Industri Utama), Sim Tze Tzin (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Fuziah Salleh (Jabatan Perdana Menteri - Agama), R. Sivarasa (Kementerian Pembangunan Luar Bandar), Dr Lee Boon Chye (Kementerian Kesihatan), Bakhtiar Wan Chik (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) dan Datuk Kamarudin Jaffar (Kementerian Pengangkutan).
BACA: 13 menteri, 23 timbalan menteri angkat sumpah
Selepas PKR, parti kedua terbesar dalam Kabinet Malaysia adalah DAP dengan enam Menteri serta enam Timbalan Menteri.
Teresa Kok dan Yeo Bee Yin menyertai Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.
Teresa dilantik sebagai Menteri Industri Utama manakala Bee Yin dilantik sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar.
Sementara itu, enam Timbalan Menteri yang dilantik daripada DAP adalah Chong Chieng Jen (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Hannah Yeoh (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Steven Sim Chee Keong (Kementerian Belia dan Sukan), Dr Ong Kian Ming (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Teo Nie Ching (Kementerian Pendidikan).
Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masing-masing mempunyai lima Menteri dan empat Timbalan Menteri dalam Kabinet Malaysia.
Dari Amanah, Khalid Samad (Menteri Wilayah) dan Datuk Dr Mujahid Yusof (Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Agama) menyertai Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub dan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Timbalan Menteri yang dilantik dari Amanah pula adalah, Anuar Tahir (Kementerian Kerja Raya), Datuk Mahfuz Omar (Kementerian Sumber Manusia), Dr Mohd Hatta Ramli (Kementerian Pembangunan Usahawan) dan Hanipa Maidin (Jabatan Perdana Menteri - Undang-Undang).
Bagi PPBM pula, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Mohd Redzuan Yusof menyertai Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun.
Syed Saddiq dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan manakala Mohd Redzuan dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan.
Timbalan Menteri yang dilantik daripada PPBM adalah Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Kementerian Wilayah), Dr Md Farid Md Rafik (Jabatan Perdana Menteri - Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Datuk Amiruddin Hamzah (Kementerian Kewangan) dan Eddin Syazlee Shith (Kementerian Komunikasi dan Multimedia).
Baki tiga Menteri dan dua Timbalan Menteri diisi oleh wakil dari Parti Warisan Sabah.
Mereka adalah Darell Leiking (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Liew Vui Keong (Jabatan Perdana Menteri - Undang-Undang) dan Datuk Mohamaddin Ketapi (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya).
Dua wakil dari Warisan yang menjadi Timbalan Menteri adalah Datuk Aziz Jamman (Kementerian dalam Negeri) dan Isnaraissah Munirah Majlis (Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar).
Komposisi parti dalam Kerajaan di dalam Dewan Rakyat ketika ini adalah PKR (50), DAP (42), PPBM (13), Amanah (11) dan Warisan (8).
Hafiz Marzukhi
Mon Jul 02 2018
Menteri-menteri Kabinet susulan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di Istana Negara, hari ini. - BERNAMA
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.