awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM nafi pelawa UMNO tubuh Pakatan Nasional

Shafizan Johari
Shafizan Johari
08/02/2020
16:38 MYT
PM nafi pelawa UMNO tubuh Pakatan Nasional
Perdana Menteri nafi pernah mempelawa UMNO untuk tubuh Pakatan Nasional. - Gambar fail
Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan pernah mempelawa parti UMNO untuk menubuhkan Pakatan Nasional.
Dalam satu wawancara yang disiarkan di saluran YouTube The Malaya Post, Perdana Menteri, sebaliknya menegaskan, beliau terbuka untuk menemui mana-mana pihak seperti wakil parti lawan untuk mendengar pendapat mereka.
Menurut beliau, selaku Perdana Menteri penting untuk beliau mendengar semua pendapat supaya beliau dapat menyelesaikan semua isu.
"Tetapi ada orang tafsirkan perjumpaan saya dengan parti lawan bermakna saya berusaha untuk buat satu campuran baharu. Ini tidak benar!" tegas Dr. Mahathir.
Terdahulu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, dakwaan terdapat beberapa Ahli Parlimen dari PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), menyokong pakatan baharu Pakatan Nasional yang digerakan pembangkang, sebagai tidak berasas.
BACA: Anwar sifatkan Pakatan Nasional propaganda pembangkang
Sementara Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menjelaskan isu itu juga tidak dibincangkan dalam Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada Jumaat lalu. BACA: MT UMNO tidak bincang isu Pakatan Nasional
Sementara itu, Dr. Mahathir itu juga percaya parti yang pernah diterajuinya itu bersedia memberi sokongan kepada kerajaan tetapi bersyarat memandangkan parti itu kini sudah menjadi parti yang lemah.
"Kalau tak sesuai (dengan syarat mereka) saya tak fikir mereka akan sokong," katanya.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Anwar Ibrahim
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#majlis tertinggi
#menteri
#Pakatan Harapan
#Pakatan Nasional
#Parlimen
#Parti Amanah Negara
#Parti Keadilan Rakyat
#pembangkang
#Perdana Menteri
#PKR
#presiden
#rakyat
#UMNO
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan