awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis akan panggil penganjur perhimpunan haram - Timbalan KPN

Bernama
Bernama
28/08/2016
13:48 MYT
Polis akan panggil penganjur perhimpunan haram - Timbalan KPN
Perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara semalam, hambar dan tidak mendapat sambutan dan hanya disertai kira-kira 1,500 orang. - Gambar fail
Polis akan memanggil penganjur perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara semalam bagi membantu siasatan kerana tetap menganjurkannya walaupun tidak mendapat kebenaran polis.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata mereka yang menganjur perhimpunan itu telah melanggar undang-undang dan akan disiasat menurut Seksyen 4, Akta Perhimpunan Aman.
"Pihak polis telah maklumkan dari awal lagi bahawa kalau hendak menganjurkan apa-apa sahaja perhimpunan, pertama sekali penganjur mesti mendapatkan kebenaran daripada polis kerana ia membabitkan aspek ketenteraman awam.
"Memang mereka hantar (permohonan) bagaimanapun ia ditolak ekoran tidak memenuhi syarat antaranya gagal mengemukakan surat kebenaran daripada tuan punya tempat perhimpunan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara, di sini hari ini.
BACA: #TangkapMO1: 'Pembangkang jadikan mahasiswa keldai politik' - Armand
BACA: Protes #TangkapMO1 berlangsung dengan aman
Perhimpunan haram anti kerajaan di ibu negara semalam, hambar dan tidak mendapat sambutan dan hanya disertai kira-kira 1,500 orang.
Sementara itu, Noor Rashid berkata semua pihak yang ingin mengadakan perhimpunan perlu mematuhi undang-undang negara bagi memastikan mereka tidak dikenakan tindakan.
Topic Berkaitan
##TangkapMO1
#akta perhimpunan aman
#Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara
#Noor Rashid Ibrahim
#Seksyen 4
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan