Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Polis mula persiapan sekatan PKPD di Hulu Langat

Polis mula persiapan sekatan PKPD di Hulu Langat
Pelaksanaan PKPD di kawasan itu akan melibatkan hampir 4,000 penduduk merangkumi 700 unit rumah. - Foto Astro AWANI/Hilmi Malik
HULU LANGAT: Polis telah mula melakukan persiapan sekatan jalan raya melibatkan kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu sepanjang tempoh 14 hari bermula 30 Mac hingga 13 April.

Keputusan itu dibuat selepas terdapat 71 kes positif COVID-19 daripada penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui.
Pelaksanaan PKPD di kawasan itu akan melibatkan hampir 4,000 penduduk merangkumi 700 unit rumah yang bertujuan untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular ke kawasan luar.

Bermula 30 Mac segala pergerakan keluar masuk dan urusan perniagaan tidak akan dibenarkan dan dihentikan sepanjang tempoh pelaksanaan itu dilakukan selain menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan beberapa lagi badan penguatkuasa bagi memperketatkan kawalan.
BACA: "Kami akur keputusan kerajaan" - Penduduk Sungai Lui

BACA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dikuat kuasa di Batu 21 - Batu 24 Sungai Lui

Sepanjang tempoh itu juga penduduk akan dibekalkan dengan makanan asas yang mencukupi menerusi saluran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Penduduk yang mempunyai sebarang masalah boleh terus menghubungi di talian khas 03-89254809 / 03-89114200.



Tag: PKPD, sekatan jalan raya, Sungai Lui, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, Hulu Langat, COVID-19, koronavirus, Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.