Polis menafikan dakwaan mengenai insiden menceroboh rumah kediaman keluarga Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mengaku terbabit dalam aksi intim bersama seorang menteri dalam video lucah, di Petra Jaya, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata, pemeriksaan yang dijalankan di rumah berkenaan adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Beliau berkata pihaknya menerima arahan daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman untuk mengesan Haziq bagi merakamkan percakapannya dan keluarga bagi membantu siasatan susulan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor.
Beliau berkata siasatan terhadap Haziq dibuat mengikut Seksyen 502 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Sepasukan anggota IPD Kuching terdiri daripada dua pegawai kanan dan tiga anggota berpangkat rendah pergi ke rumah Abdul Aziz Ibrahim pada jam 5.20 petang semalam.
"Setibanya di kediaman tersebut, polis mendapati kediaman itu berpenghuni kerana terdapat kenderaan diletakkan di luar rumah.
"Polis memanggil penghuni di dalam rumah tersebut beberapa minit untuk membuka pintu pagar namun tidak mendapat jawapan. Oleh itu, pihak polis mengambil keputusan masuk melalui pintu pagar yang tidak berkunci," katanya, dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Awang Din berkata setelah tiba di depan pintu kediaman itu, polis memanggil penghuni rumah sekali lagi sehinggalah tuan rumah muncul dan membuka pintu.
"Polis kemudian memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa serta memaklumkan tujuan kehadiran pihaknya ke kediaman tersebut.
"Kesemua pegawai polis kemudian dijemput masuk oleh Abdul Aziz, isteri dan kakak ipar Haziq, malah memberikan kerjasama yang baik termasuk membenarkan polis memeriksa rumah untuk mengesan suspek," katanya.
Polis turut merakam percakapan Abdul Aziz mengikut Seksyen 211 Kanun Prosedur Jenayah dan laporan polis dibuat selepas pemeriksaan selesai, katanya.
Selain itu, Awang Din juga mengesahkan telah menerima laporan Abdul Aziz mengenai dakwaan pencerobohan rumahnya itu oleh sepasukan polis Bukit Aman.
Haziq, yang merupakan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama, kini telah digantung kerja setelah membuat pengakuan terbuka di Facebook mengenai video lucah tersebut yang tular sejak Selasa lalu.
Beliau, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, membuat pengakuan bahawa dia adalah lelaki dalam aksi seks itu bersama seorang yang didakwa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin kemudiannya menafikan sekeras-kerasnya penglibatannya dalam video itu dan menyifatkan sebagai satu tuduhan jahat serta kejam.
Timbalan Presiden PKR itu juga menegaskan siri fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya.
Haziq ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2019
Haziq kini telah digantung kerja setelah membuat pengakuan terbuka di Facebook mengenai video lucah yang tular sejak Selasa lalu. Foto Facebook Haziq Aziz
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis nafi dakwaan ceroboh kediaman keluarga Haziq
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata, pemeriksaan yang dijalankan di rumah berkenaan adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.