awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis patut siasat semua yang akan didedah Sirul - Musa

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
19/02/2015
11:21 MYT
Polis patut siasat semua yang akan didedah Sirul - Musa
MUSA: Polis patut siasat semua yang akan didedahkan Sirul - Gambar fail
Polis seharusnya menyiasat apa sahaja dakwaan yang akan didedahkan bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis, Sirul Azhar mengenai ada pihak yang memberinya arahan bertindak di dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis juga seharusnya mengambil kira semua pendedahan Sirul dan mengesahkan kebenaran setiap maklumat yang akan didakwa Sirul.
"Polis kena siasat apa sahaja dakwaan mengenai siapa yang menyuruhnya selain mengesahkan ia betul atau tidak, setiap perkara baru yang didedahkan perlu disiasat semula.
"Polis juga perlu mengesahkan dakwaan Sirul sama ada ia benar atau tohmahan semata-mata," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Musa mengulas jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan Sirul mengarut ketika di tanya wartawan mengenai dakwaan 'orang penting yang mempunyai motif' dalam kes itu yang masih bebas.
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata, Sirul berhak membuat pendedahan mengenai pembunuhan Altantuya.
Kata Musa lagi, kerajaan harus meminta Sirul untuk pulang ke negara ini untuk memberi peluang polis menyiasat segala dakwaannya.
Sirul sebelum ini dilaporkan kesal kerana dijatuhkan hukuman mati selepas melakukan apa yang diarahkan.
Dia berkata seandainya ditakdirkan mati, rohnya tidak akan aman kerana hanya melakukan apa yang diarah dan mendapat balasan demikian.
Musa merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang kelapan dan berkhidmat sejak 12 November 2006 sehingga 12 September 2010.
Topic Berkaitan
#Altantuya
#MUSA
#polis
#Sirul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan