awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Sabah siasat Musa Aman

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
24/05/2018
06:10 MYT
Polis Sabah siasat Musa Aman
RAMLI: Polis belum rekod kenyataan Musa kerana beliau tiada di Kota Kinabalu ketika ini. - BERNAMA/Fail
Pihak polis telah merakamkan percakapan sembilan orang saksi berkaitan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, minggu lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata pihak polis juga sedang dalam usaha untuk merekodkan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman berhubung kes itu namun difahamkan Musa tidak berada di Kota Kinabalu ketika ini.
Katanya, laporan siasatan kes berkenaan telah hampir siap namun beberapa perkara lagi perlu dilengkapkan termasuk merekodkan kenyataan Musa.
Apabila siap kelak, laporan berkenaan akan diserahkan kepada Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
BACA: Tun Juhar buat laporan polis terhadap Musa Aman
"Polis sedang giat menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan setakat ini seramai sembilan orang saksi telah direkodkan percakapan.
"Kita juga sedang dalam usaha untuk merekodkan kenyataan Tan Sri Musa tetapi ketika ini difahamkan beliau tidak berada di Kota Kinabalu," katanya ketika ditemui media sempena Program Pengagihan Kuih Raya kepada Agensi Keselamatan Sabah di, Auditorium Menara Tun Mustapha, hari ini.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melibatkan ugutan jenayah dan setakat ini tidak ada waran yang dikeluarkan berhubung kes itu.
Turut hadir, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ketua-ketua pasukan keselamatan negeri serta anggota keselamatan negeri.
BACA: Musa Aman fail writ mohon pengisytiharan beliau Ketua Menteri Sabah yang sah
BACA: Shafie serah kepada mahkamah kes saman Musa Aman
Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Mohd Shafie menegaskan akan mengambil beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah kekurangan minyak masak di negeri ini.
Beliau berkata, Sabah merupakan negeri yang mempunyai ladang kelapa sawit yang terbesar di negara ini, namun masalah kekurangan bekalan minyak masak sering terjadi disebabkan kekurangan kilang memproses buah kelapa sawit di sini.
"Saya nak pastikan sedikit masa lagi, masalah ini akan diselesaikan. Kita lihat Sabah mempunyai ladang kelapa sawit yang terbesar di Malaysia namun kilang memproses buah kelapa sawit ini amat terbatas malah kilang lebih banyak di Kuala Lumpur.
"Saya percaya jika kita dapat realisasikan perkara ini, Sabah akan menerima kesan positif yang seterusnya mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan di negeri ini," katanya.
Topic Berkaitan
#kelapa sawit
#Musa Aman
#Polis Sabah
#Ramli Din
#Sabah
#Shafie Apdal
#Tun Juhar Mahiruddin
#TYT Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan