awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan Haziq ditahan di KLIA sebelum berlepas ke Manila

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
14/06/2019
15:45 MYT
Polis sahkan Haziq ditahan di KLIA sebelum berlepas ke Manila
Huzir (gambar) berkata siasatan ke atas Haziq dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail
Polis telah menahan Haziq Abdullah Abdul Aziz di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6 petang, Jumaat.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan sebentar tadi.
"Ketika tangkapan dibuat, suspek berada di Terminal Perlepasan Antarabangsa. Berdasarkan tiket penerbangan, suspek dijadualkan berlepas ke Manila,” kata Huzir dalam kenyataan itu.
Jelasnya, siasatan ke atas Haziq akan dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen 292 Kanun Keseksaan adalah berkaitan kesalahan menjual dan sebagainya buku-buku dan sebagainya, yang lucah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
BACA: Siasatan video lucah diberi keutamaan - SKMM
Seksyen 504 ialah bagi kesalahan dengan sengaja mengaibkan atau dengan niat hendak membangkitkan atau memecah keamanan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Seksyen 377B pula ialah bagi kesalahan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sakit kesalahan.
Sementara itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia pula ialah kesalahan berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000, atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1 bagi setiap kesalahan itu yang diteruskan selepas pensabitan.
BACA: Video intim: Apa yang kita tahu setakat ini?
Haziq, 27 tahun, sebelum ini tampil membuat pengakuan melalui akaun Facebook miliknya bahawa dia adalah individu yang terlibat dalam video seks luar tabii yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.
Haziq merupakan Ketua Pemuda PKR Santubong yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Bagaimanapun, dia telah digantung tugas serta-merta.
Topic Berkaitan
#Akta Komunikasi dan Multimedia
#Azmin Ali
#Bukit Aman
#Facebook
#Haziq Abdullah Abdul Aziz
#Huzir Mohamed
#Kanun Keseksaan
#KLIA
#luar tabii
#lucah
#Manila
#mengaibkan
#peguam
#persetubuhan
#PKR
#polis
#seks
#Sepang
#siasatan
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan