awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan identiti mangsa nahas dirempuh bas persiaran di Bayan Lepas

Siti Norbaya Abidin
Siti Norbaya Abidin
07/11/2019
22:41 MYT
Polis sahkan identiti mangsa nahas dirempuh bas persiaran di Bayan Lepas
Keadaan bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle Bayan Lepas, Pulau Pinang pada petang Khamis. -Foto ihsan pembaca
Penunggang motosikal yang maut dalam nahas di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle Bayan Lepas, Pulau Pinang pada petang Khamis ialah seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A. A Anbalagan yang mengesahkan perkara itu berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Saifullah Muhammad Hafiz, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Katanya, dalam kejadian itu, mangsa yang bekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera sedang dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan sebelum dirempuh bas persiaran terbabit.
Dalam kejadian jam 6.30 petang Khamis, sebuah bas yang datang dari arah Persiaran Kelicap hilang kawalan lalu merempuh empat kenderaan termasuk motosikal dinaiki pelajar tersebut.
BACA: Bas hilang kawalan, penunggang motosikal maut dirempuh
Kejadian turut menyebabkan dua beranak yang menaiki kereta mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital.
Mengulas lanjut, Anbalagan berkata siasatan awal mendapati bas yang kemudiannya merempuh tembok batu pagar sebuah rumah sehingga roboh itu mengalami masalah brek.
Katanya polis menjalankan ujian saringan air kencing ke atas pemandu bas berusia 49 tahun itu dan akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman ke atasnya esok ( Jumaat).
Mayat mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#A Anbalagan
#bas rempuh kenderaan
#Muhammad Saifullah Muhammad Hafiz
#Persiaran Kelicap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan