Projek Sambungan Laluan LRT (LEP) dari Kelana Jaya ke Ampang, yang melibatkan kawasan baharu, termasuk Putra Heights, Subang Jaya dan Puchong, dijangka mencatat tambahan 300,000 penumpang harian apabila ia mula beroperasi sepenuhnya Khamis ini.
Ketika ini, laluan lama yang turut melibatkan perkhidmatan monorel, digunakan 600,000 penumpang setiap hari, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Datuk Azmi Abdul Aziz kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut beliau, dengan wujudnya landasan sambungan bagi laluan Kelana Jaya, 170,000 penumpang lagi dijangka menggunakan perkhidmatan itu setiap hari, manakala laluan Ampang pula akan menyaksikan tambahan 130,000 penumpang harian.
Kata Azmi, laluan sambungan itu, yang mempunyai 25 stesen baharu di kawasan yang tinggi kepadatan penduduk, diunjurkan mencapai peningkatan besar jumlah penumpang.
Beliau berkata laluan sambungan itu diharapkan dapat memenuhi permintaan penduduk yang semakin bertambah di Lembah Klang, yang dijangka mencapai 10 juta menjelang 2020.
"Objektif utama kami ialah untuk memenuhi keperluan sejuta penumpang setiap hari menjelang 2020, memandangkan bandar raya lain di Asia seperti Tokyo, sudah mencapai kadar lebih dua juta penumpang sehari dan kami sedang membuat persiapan ke arah itu," katanya.
Mulai Khamis ini, penduduk Putra Heights, USJ, Subang Jaya, Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil boleh berulang alik setiap hari ke Kuala Lumpur dengan menggunakan LRT - satu daripada inisiatif pembangunan negara oleh kerajaan bagi memantapkan dan mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan awam bandar, yang merupakan satu daripada bidang keberhasilan utama negara di bawah program transformasi kerajaan.
Dibina dengan peruntukan RM8 bilion, rangkaian sambungan ini meliputi jarak 46.4 kilometer, yang merentasi kawasan padat dengan penduduk.
Azmi berkata perkhidmatan sambungan baharu itu akan memberi kemudahan dan keselesaan pada kadar tambang yang tidak membebankan penumpang, sebagai contoh, perjalanan dari Putra Heights ke KLCC hanya mengambil masa sejam dengan kadar tambang RM3.40 bagi setiap perjalanan.
"Dari stesen bersepadu Putra Heights ke Gombak, penumpang hanya perlu membayar tambang RM4.40, Putra Heights ke KL Sentral (RM3.20) dan dari Putra Heights ke Plaza Rakyat pula hanya RM3.20," katanya.
"Sekiranya kita kaji kebaikan antara menggunakan LRT dan memandu, kita akan dapati penggunaan LRT akan menjimatkan bayaran tol, bahan bakar dan paling penting, masa kerana ia tidak akan menempuh kesesakan trafik," katanya.
Menurut beliau, sebagai langkah memantapkn lagi perkhidmatan LRT, Prasarana sedang menaik taraf sistem semboyan bagi Aliran Ampang untuk meningkatkan keutuhan dan kecekapannya.
Di samping itu, kata beliau, Prasarana menggantikan tren sedia ada bagi Aliran Ampang dengan 30 tren enam gerabak baharu dan akan menambah 20 tren enam gerabak lagi bagi laluan sambungan untuk meningkatkn keupayaannya.
"Apabila siap, projek LEP memberi kesan yang cukup besar. Ia akan menjadi pemangkin bagi pembangunan seterusnya, dan Malaysia, terutama Greater Klang Valley, akan menikmati sistem pengangkutan awam yang lancar serta bersepadu," katanya.
Bernama
Tue Jun 28 2016
Laluan sambungan itu, yang mempunyai 25 stesen baharu di kawasan yang tinggi kepadatan penduduk, diunjurkan mencapai peningkatan besar jumlah penumpang. - Gambar fail
Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April.
PRK KKB: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Semua ketua tempat mengundi telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran.
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
AWANI Ringkas: DBKL sedia garis panduan pokok berusia dan berisiko tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel teruskan operasi ketenteraan di Rafah
Seorang pegawai kanan Israel berkata bahawa pusingan terbaharu rundingan di Kaherah untuk menghentikan permusuhan di Gaza telah berakhir dan Israel akan meneruskan operasinya di Rafah dan bahagian lain di Semenanjung Gaza seperti yang dirancang.
PRK KKB: 39,362 pengundi tunai tanggungjawab esok
SeramaiĀ 39,362 pengundiĀ akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) esok
Dell sahkan data 49 juta pelanggan dicuri penggodam
DELL menghantar notifikasi kepada pelanggan selepas mengesahkan mereka telah menjadi mangsa godam.
Masyarakat perlu bijak dalam memanfaat teknologi AI
Dalam pada itu, pensyarah Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Amir Akramin Shafie berkata, selain pemerkasaan pembanguan bakat, antara cabaran lain yang perlu diberi tumpuan ialah etika dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Katanya, cabaran tersebut perlu diatasi sebaiknya agar masyarakat tidak menyalahgunakan teknologi AI bagi tujuan yang negatif.
Katanya, cabaran tersebut perlu diatasi sebaiknya agar masyarakat tidak menyalahgunakan teknologi AI bagi tujuan yang negatif.
Pembangunan bakat dalam AI perlu diberi tumpuan
Pengarah AIBIG, Fakulti Sains dan Pengkomputeran, UMK, Dr Muhammad Akmal Remli berpandangan kerajaan perlu beri tumpuan kepada aspek pembangunan bakat dalam kecerdasan buatan (AI).
Kerjasama awam-swasta dalam meningkatkan infrastruktur teknologi
Menurut Ketua Penyelidik Pengujian & Kebolehgunaan Perisian Pendidikan, Jabatan Sains Komputer & Teknologi Digital, Fakulti Komputeran & Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Madya Ts Dr Shamsul Arrieya Ariffin, langkah ini akan membuka peluang untuk melatih lebih ramai individu dalam kemahiran AI yang diperrlukan dalam era digital ini.
Prasarana jangka catat tambahan 300,000 penumpang harian apabila siap LEP
Projek Sambungan Laluan LRT (LEP) dari Kelana Jaya ke Ampang, yang melibatkan kawasan baharu, termasuk Putra Heights, Subang Jaya dan Puchong, dijangka mencatat tambahan 300,000 penumpang harian.