awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prasarana nafi tambang LRT naik pada Ogos

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
20/07/2016
05:57 MYT
Prasarana nafi tambang LRT naik pada Ogos
Prasarana Malaysia Berhad menafikan akan berlaku kenaikan tambang LRT pada Ogos depan - Foto BERNAMA
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menafikan khabar angin kononnya tambang Transit Aliran Ringan (LRT) akan dinaikkan pada Ogos.
Menerusi pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp, Prasarana meminta orang ramai untuk mengabaikan khabar angin tersebut.
"Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menafikan khabar angin di media sosial yang mengatakan tambang LRT akan naik bulan hadapan. Sila abaikan khabar angin ini. Harap maklum," memetik kenyataan tersebut.
Khabar angin itu timbul tatkala beberapa pengguna LRT mendakwa tambang kenderaan awam itu akan dinaikkan dalam masa terdekat.
Isnin lalu, ramai pengguna LRT merungut di media sosial apabila berlaku kesesakan di beberapa stesen seperti di Chan Sow Lin dan ada juga yang meminta agar mutu pekhidmatan ditingkatkan selaras dengan tambang.
BACA: Rapid KL mohon maaf kelewatan jadual perjalanan tren LRT
Kesesakan tersebut didakwa berpunca daripada kekerapan tren yang rendah berikutan penggunaan tren model baharu di laluan Putra Heights dan model lama di laluan Ampang.
Susulan itu, Rapid Rail Sdn Bhd pengendali perkhidmatan LRT dan Monorel di Lembah Klang memohon maaf kepada pengguna LRT Laluan Sri Petaling dan Ampang atas kelewatan jadual perjalanan yang berlaku pada Isnin lalu.
Topic Berkaitan
#nafi kenaikan tambang LRT
#Prasarana meminta orang ramai untuk mengabaikan khabar angin tersebut
#Transit Aliran Ringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan