awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendakwa raya Sepanyol gugur siasatan dakwaan salah laku seksual terhadap Julio Iglesias
China kini miliki rangkaian pengecasan EV terbesar dunia dengan lebih 19 juta titik pengecasan
PRK Kinabatangan: Dua pusat mengundi ditutup 12 tengah hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Permatang Pauh: Anwar saman SPR

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2015
05:48 MYT
PRK Permatang Pauh: Anwar saman SPR
Anwar memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai kelakyakan sebagai pengundi dan boleh membuang undi esok atau pada pilihan raya akan datang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, telah memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai langkah terakhir untuk membenarkan beliau untuk mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh esok.
Memetik laporan The Malay Mail, perkara ini disahkan oleh peguam Anwar iaitu N. Surendran dan dikemukakan pagi tadi.
Anwar memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai kelayakkan sebagai pengundi dan boleh membuang undi esok atau pada pilihan raya yang akan datang.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pampasan kerana hak perlembagaan dan undang-undang beliau telah dilanggar," kata N. Surendran.
BACA: Kes Liwat II: Mahkamah putuskan Anwar bersalah, kekal hukuman penjara 5 tahun
Saman difailkan terhadap SPR, pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan kerajaan Malaysia.
Pada 27 April, Abdul Aziz berkata Anwar hilang kelayakan untuk mengundi pada PRK yang akan diadakan esok berdasarkan Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 119 (3) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan seseorang itu akan hilang kelayakan untuk mengundi sekiranya :
1) Pada tarikh kelayakan ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan; atau
2) Sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana bahagian Komanwel dan dijatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan itu dia masih kena menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu.
BACA: Permatang Pauh: 'Cabar keputusan SPR di mahkamah kalau mahu Anwar mengundi' - Ismail Sabri
PRK Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon bebas.
Empat calon berkenaan ialah Suhaimi Sabudin, 44, daripada BN; Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62 (PKR); calon bebas Salleh Isahak, 53; dan Azman Shah, 50 (Parti Rakyat Malaysia).
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Mohd Yusof
#Anwar Ibrahim
#N Surendra
#Permatang Pauh
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan