awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Mega TTDI: Tiada kelulusan dikeluarkan DBKL - Datuk Bandar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/05/2017
04:48 MYT
Projek Mega TTDI: Tiada kelulusan dikeluarkan DBKL - Datuk Bandar
Datuk Seri Mhd. Amin ditemui media pada Program Derma Darah Mega 2017 di Menara DBKL 1, hari ini. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberi sebarang kelulusan pelaksanaan projek mega dekat Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini.
Datuk Bandar, Datuk Seri Mhd. Amin Abd Aziz berkata isu tersebut masih lagi dalam Kaedah 5 (Rule 5) iaitu proses pengumpulan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan layak.
Jelasnya, Pengarah Eksekutif (Perancangan) DBKL Datuk Mohd Najib Mohd akan mempengerusikan mesyuarat berkaitan perancangan projek dan bantahan tersebut.
"Belum lulus lagi kerana ia masih dalam proses bantahan Rule (Kaedah) 5. Jadi tunggulah apa dia punya isu yang terkeluar. Tapi orang mesti tahu, bila tanah itu dah dimiliki sesuatu organisasi atau orang perseorangan, dia berhak untuk buat pembangunan.
"Rule 5 itu akan dipengerusikan oleh Datuk Mohd Najib," katanya ketika ditemui media pada Program Derma Darah Mega 2017 di Menara DBKL 1, di sini hari ini.
Ditanya bagaimana status tanah tersebut bertukar daripada taman awam kepada hak milik persendirian, beliau berkata mana-mana pihak boleh memohon untuk memiliki tanah dan ia diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"Tanah memang semua orang boleh pohon ke Land Exco (Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Land Exco yang putuskan. Sebahagian besar daripada Taman Rimba Kiara itu tidak terjejas," jelasnya.
Tambahnya, penduduk asal yang merupakan pekerja ladang Bukit Kiara enggan berpindah serta menolak tawaran rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).
"Dia (penduduk asal) enggan pergi...semua penduduk-penduduk. Kita hendak keluarkan rumah panjang itu susah.
"Peduduk-penduduk itu tidak mahu pergi ke tempat lain, mahu tinggal di situ juga. PPR dia taknak, PA pun dia taknak. Saya dah tawar dia, dia taknak pergi. Ni dari segi politik susah saya nak jawab di sini. Mereka memang taknak pindah," ujarnya.
Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata projek mega tersebut akan diteruskan.
Namun, beliau tidak memberi sebarang perincian berhubung tarikh mula serta syarikat pemaju projek tersebut.
Topic Berkaitan
#kondominium mewah
#projek mega
#Taman Rimba Kiara
#TTDI
#Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan