Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di Kulim semalam bagi membantu siasatan kes penderaan anak lelakinya yang berumur lima tahun.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata lelaki itu dipercayai memukul anaknya menggunakan penyangkut baju plastik sehingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami lebam di beberapa bahagian badan pada 30 Jan lalu.
"Semalam, kanak-kanak itu hadir ke tadika pada pukul 7.30 pagi dan seorang guru wanita melihat kanak-kanak itu berada dalam keadaan lesu, batuk dan terdapat kesan lebam dimukanya. Apabila guru terbabit bertanya kanak-kanak itu telah memberitahu bapanya telah memukulnya di rumah.
"Hasil pemeriksaan, guru terbabit menemui kesan lebam dibahagian belakang badan, tangan kiri dan kanan, pipi kiri dan kanan dan di bahagian punggung. Guru wanita itu kemudian telah membuat laporan polis pada pukul 11.18 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Budak maut didera bapa tiri hingga usus terkoyak
BACA: Anak pengasuh didakwa dera kanak-kanak tiga tahun
BACA: Bayi 24 hari patah rusuk, mati ketika ibu khayal dadah
Katanya, kanak-kanak itu seterusnya dibawa ke Hospital Kulim dan pemeriksaan lanjut doktor mengesahkan kecederaan mangsa adalah disebabkan dipukul menggunakan objek tumpul.
Ahmad Nasir berkata lanjutan daripada laporan yang dibuat, pihaknya telah menahan bapa kanak-kanak itu pada pukul 5.45 petang, semalam di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim semasa menjalankan Op Tahun Baru Cina.
Katanya, lelaki itu mengaku memukul anaknya kerana kanak-kanak itu nakal dan tidak mahu mendengar cakapnya.
"Siasatan awal, suspek yang tidak mempunyai rekod lampau mengaku terlibat dalam kejadian tersebut. Suspek yang ditahan telah diberi jamin polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 02 2019
Hasil pemeriksaan, guru terbabit menemui kesan lebam di bahagian belakang badan, tangan kiri dan kanan, pipi kiri dan kanan dan di bahagian punggung. - Gambar hiasan
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
Penganut Hindu sibuk lakukan persiapan akhir menjelang Deepavali
Penganut Hindu di negeri ini mengambil kesempatan cuti hujung minggu hari ini untuk melakukan persiapan akhir dengan membeli barangan keperluan menjelang sambutan perayaan Deepavali esok.
Polis kesan ‘Datuk’ kes penipuan lebih RM1 juta
Datuk palsu perdaya mangsa dengan tawaran perniagaan rakan kongsi yang tidak wujud.
Rasuah: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari
Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan - Setiausaha Akhbar
Salahuddin kini menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Kerajaan Perpaduan akan pastikan nasib pesawah terbela, pendapatan meningkat - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan akan memastikan nasib pesawah padi terbela dengan meningkatkan pendapatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga beranak melecur, kereta meletup dan terbakar
Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Alor Setar.