awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat tahfiz terbakar: 'Saya hantar dua pasang jubah, serban untuk anak saya malam tadi' - Bapa mangsa

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
14/09/2017
04:35 MYT
Pusat tahfiz terbakar: 'Saya hantar dua pasang jubah, serban untuk anak saya malam tadi' - Bapa mangsa
Suasana pilu dan sedih menyelubungi di sekitar Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat akibat kejadian kebakaran yang telah mengorbankan lebih 20 penghuni pusat tahfiz awal pagi tadi. - Gambar fail
"Saya beli dua pasang jubah, serban dan malam tadi saya jumpa dia dan pagi ini kami terima berita menyedihkan."
Itu kata-kata Nik Azlan Nik Abdul Kadir, bapa salah seorang mangsa, Nik Mohd Ridzuan, 12 tahun yang dikhuatiri maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Kampung Datok Keramat di sini hari ini.
Lokasi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Lokasi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Suasana pilu dan sedih menyelubungi di sekitar Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat akibat kejadian kebakaran yang telah mengorbankan lebih 20 penghuni pusat tahfiz awal pagi tadi.
Orang ramai yang mendengar berita menyedihkan itu pantas berpusu-pusu datang di kawasan tragedi untuk melihat sendiri apa yang berlaku.
Lebih memilukan apabila ibu bapa serta ahli keluarga mangsa mula hadir bagi mengetahui perkembangan terkini dan status anak-anak mereka.
Anaknya, antara 23 mangsa yang terbakar termasuk dua warden antara mangsa yang terbunuh dalam tragedi kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.
"Kali terakhir saya jumpa dia malam tadi jam 10 malam.Dia kata dia perlukan jubah untuk pergi ke majlis tahlil di rumah Perdana Menteri. Jadi saya bawa dua pasang jubah dan serban dan itulah kali terakhir saya jumpa dia," kata Nik Azlan.
"Saya juga bawa banyak makanan kepada dia dan kawan-kawan dia selain barang-barang keperluan.Dan malangnya pada pagi ini saya terima berita buruk dan menyedihkan.Malah saya juga turut berjumpa dengan kedua-dua warden malam tadi dan mereka juga turut terkorban".
Setakat ini, 23 pelajar pusat tahfiz tersebut dilaporkan terkorban dalam kejadian terdsebut manakala lima lagi cedera dan kini telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk urusan bedah siasat.
BACA: Pusat tahfiz terbakar: PM Najib ucap takziah
BACA: Pusat tahfiz terbakar: 'Periksa balik semua sekolah tahfiz' - Netizen
BACA: Pusat tahfiz terbakar: 'Ada yang menggelungsur dari saluran paip air' - Saksi
BACA: Pusat tahfiz terbakar: Kerajaan negeri sedia tawarkan bantuan - MB Selangor
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Kuala Lumpur
#Nik Azlan Nik Abdul Kadir
#Nik Mohd Ridzuan
#pelajar
#Perdana Menteri
#Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan