awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Perbicaraan baharu kematian Diego Maradona diadakan di luar Buenos Aires
MALAYSIA
Eksekutif akaun rugi lebih RM100,000 terperdaya sindiket penipuan telefon
MALAYSIA
1,000 Sekolah Angkat Madani berjaya ditubuhkan, melebihi sasaran awal - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Racun serangga punca keracunan makanan di Batu Gajah - Mah

Bernama
Bernama
09/03/2016
10:11 MYT
Racun serangga punca keracunan makanan di Batu Gajah - Mah
Siasatan polis membantu kita untuk mengenal pasti bagaimana racun ini boleh masuk ke dalam makanan yang dijual. - Gambar fail
Kes keracunan makanan di Siputeh dekat Batu Gajah di sini berpunca daripada racun serangga iaitu karbamat yang terdapat dalam beberapa jenis makanan di sebuah gerai.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata Jabatan Kimia cawangan Perak mengesahkan perkara itu menerusi sampel yang diambil daripada sambal nasi lemak, kuey teow goreng, kuih bom dan cucur badak.
"Punca keracunan ini adalah daripada makanan dan tiada kaitan dengan semburan (racun rumpai) kerana tong semburan racun dan rumput tidak terdapat karbamat," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Sehubungan itu, Dr Mah berkata pihaknya telah menyerahkan beberapa dokumen termasuk laporan kimia dan maklumat pesakit kepada polis untuk siasatan lanjut.
BACA: KKM syaki bahan kimia organophosphorus punca kes keracunan di Batu Gajah
BACA: Saya berpeluh-peluh dan hampir pitam - Mangsa keracunan Batu Gajah
BACA: Kuih di gerai Siputeh, Batu Gajah terdedah kepada racun
"Siasatan polis membantu kita untuk mengenal pasti bagaimana racun ini boleh masuk ke dalam makanan yang dijual," katanya dan menambah gerai berkenaan diarah tutup sehingga selesai siasatan.
Beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika menggunakan racun serangga sama ada di kebun, rumah atau kedai makan bagi mengelak perkara sedemikian berlaku.
Selain itu, Mah berkata setakat hari ini, seramai 102 orang menjalani pemeriksaan dan rawatan di beberapa hospital.
Katanya daripada jumlah itu, tiga dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dengan seorang daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seorang lagi menerima rawatan di hospital swasta.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Perak Mohd Zulkifli Yacob berkata racun serangga adalah bahan kimia yang berupaya untuk memusnah, mengurang atau menolak serangga.
"Racun serangga boleh diklasifikasikan kepada kumpulan utama mengikut punca racun dan cara bertindak. Racun akan bertindak apabila serangga memakan racun ini dan ia akan merosakkan saluran penghadaman," katanya.
Mohd Zulkifli berkata premis yang menjual racun serangga perlu memperoleh lesen yang berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak.
"Racun ini kebiasaanya dijual di kedai hardware (perkakasan) dan Pertubuhan Peladang. Setiap racun mempunyai label yang tertera cara peraturan penggunaan," katanya.
Topic Berkaitan
#Batu Gajah
#exco Perak
#keracunan
#Mah Hang Soon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami