Tutup

Rakaman audio: Latheefa beri kenyataan kepada polis

Rakaman audio: Latheefa beri kenyataan kepada polis
SPRM memaklumkan Latheefa memberi kenyataan selama kira-kira empat jam. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya telah memberi kenyataannya kepada polis berhubung pendedahan rakaman audio yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi oleh suruhanjaya itu pada Rabu lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan Latheefa memberi kenyataan selama kira-kira empat jam.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan lima pegawai lain juga memberi kenyataan secara berasingan antara 2.45 petang hingga 6.30 petang, menurut kenyataan itu.

Satu pasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman berada di ibu pejabat SPRM di sini sejak jam 2.30 petang hari ini, untuk merakamkan kenyataan mereka.
Pasukan 13 anggota itu diketuai oleh Mohd Fazley Ab Rahman.

BACA: 9 rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didedah oleh SPRM

BACA: 20 nama individu yang disebut dalam rakaman konspirasi jenayah peringkat tertinggi

BACA: "You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib

BACA: Rakaman audio diserah kepada polis - Latheefa

BACA: Polis telah terima rakaman audio, Latheefa akan dipanggil beri keterangan - KPN

Dalam sidang akhbar pada 8 Jan, SPRM mendedahkan sembilan rakaman audio berdurasi 45 minit yang didakwa melibatkan perbualan antara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu lain.

Perbualan berkenaan dipercayai berlaku antara 5 Jan dengan 29 Julai 2016.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata polis telah menerima semua rakaman audio itu dan akan memanggil Latheefa untuk memudahkan siasatan kes itu.

-- BERNAMA


Tag: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pendedahan rakaman audio, konspirasi jenayah peringkat tertinggi, Najib Razak, Rosmah Mansor, Azam Baki, Bukit Aman



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.