RapidKL seru netizen bantu cari fail tercicir

RapidKL seru netizen bantu cari fail tercicir
Nor Syamimi Musa tercicir fail miliknya ketika menggunakan pengangkutan awam di ibu negara pada 19 Mac lepas. - BERNAMA/Fail
KUALA LUMPUR: RapidKL menyeru netizen yang prihatin untuk tolong membantu seorang pengguna laman Twitter bernama Nor Syamimi Musa untuk mengesan fail miliknya yang tercicir ketika menggunakan pengangkutan awam di ibu negara, pada 19 Mac lepas.

"Kepada semua followers kami yang prihatin, satu RT anda amat bermakna untuk kita temukan kembali fail yang diperlukan. Semoga jasa baik anda dibalas dengan sejuta kebaikan," katanya dalam laman Twitternya, pada Khamis.


Terdahulu, Nor Syamimi berkata dia tercicir dokumen penting miliknya ketika menggunakan perkhidmatan awam minggu lepas.
Menerusi laman Twitternya, dia berkata sebuah fail berwarna merah jambu yang mengandungi dokumen-dokumen penting di dalamnya telah tercicir


"LostAndFoundKL, sebuah file berwarna pink mengandungi sijil kematian, Borang A, SnP dan lain-lain telah tercicir.

"Saya memegang file itu sewaktu melalui Hospital Kuala Lumpur (HKL), menaiki Bas GoKL ke Transit Aliran Ringan (LRT) Dang Wangi sehingga sampai di LRT KL Gateway.

"Seterusnya bergerak menuju ke KFC KL Gateway dan menaiki Bas RapidKL bernombor 789," katanya dalam tweetnya pada Khamis.

Nor Syamimi turut menyatakan sesiapa yang terjumpa fail berkenaan boleh menghubungi Musa di nombor 017-2474644.




Tag: RapidKL, Twitter, Nor Syamimi Musa, pengangkutan awam, sijil kematian, LRT, Go KL


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.