Remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong kerap keluar menemani rakannya memancing sejak kebelakangan ini.
Ibu mangsa, Che Rosmilawati Saidi, 45, berkata anaknya Mohd Ilham Fahmi Mohd Azam meminta izin untuk keluar rumah pukul 5 petang semalam untuk bertemu rakan-rakannya.
"Biasanya dia keluar petang untuk main bola. Cuaca petang itu sedikit hujan dan kira-kira jam 6 petang saya terkejut apabila dimaklumkan anak terjatuh ke dalam lombong... apa yang penting saya harap dia ditemui segera," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.
Sementara itu, Norziana Saidin, 39, menyifatkan anak saudaranya itu seorang yang periang dan rajin membantu keluarga.
"Saya bertolak dari Pulau Pinang ke Puchong dan tiba pukul 1 pagi bagi memberi semangat kepada kakak, namun yang lebih menyedihkan enam anggota bomba terkorban ketika operasi menyelamat Ilham dan kami bersimpati," katanya.
Nenek mangsa, Che Piah Bahari, 70, yang membaca surah Yasin di lokasi kejadian berharap cucunya itu ditemui segera.
"Saya menasihatkan anak supaya bersabar dan ini adalah ketentuan Allah SWT," katanya.
Semalam, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Ilham Fahmi bertukar tragedi apabila enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air ( PPDA) lemas ketika menjalankan SAR.
Mangsa terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.
Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
Kesemua jenazah selesai disembahyangkan dan kini urusan pengebumian sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 04 2018
Anggota pasukan bomba dan penyelamat memeriksa di sekitar kawasan kejadian. -Bernama
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Remaja lelaki jatuh lombong kerap teman rakan memancing
Mohd Ilham Fahmi Mohd Azam meminta izin untuk keluar rumah pukul 5 petang semalam untuk bertemu rakan-rakannya.