awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gerai Lemang Kijal bakal berwajah baharu, sedia kemudahan lebih selesa
Piala Malaysia: Selangor menang tipis1-0 ke atas NSFC di Paroi
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2018
02:45 MYT
Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM
Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung SRC International. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10.43 pagi.
Beliau hadir untuk memberi keterangan berhubung SRC International yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Terdahulu, beliau meninggalkan kediamannya di Taman Duta di Kuala Lumpur jam 10.15 pagi menuju ke ibu pejabat SPRM.
Beliau yang menaiki kereta jenis Mercedes turut diikuti rapat tiga lagi kenderaan lain yang dipercayai barisan peguam beliau.
Bagaimanapun, pihak media tidak dapat mengesahkan sama ada Datuk Seri Najib Razak turut bersama beliau ataupun tidak.
Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya akan mengambil dan merakam keterangan Rosmah berhubung siasatan SRC International Sdn Bhd pada jam 11 pagi ini.
Sebelum ini pada bulan Mei, Najib telah hadir ke SPRM sebanyak dua kali bagi tujuan sama.
BACA: Najib Razak beri kenyataan lanjutan isu SRC International
BACA: Najib hadir di SPRM beri keterangan kali kedua
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Rasuah
#Rosmah Mansor
#siasatan
#SPRM
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan