Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyifatkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil dalam memberikan liputan kepada semua pihak, termasuk jemaah menteri dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Menterinya, Gobind Singh Deo berkata dakwaan bahawa RTM tidak membuat liputan untuk program kerajaan negeri adalah tidak benar.
"Saya telah meneliti aduan tersebut dan dakwaan bahawa RTM Sarawak bertindak tidak adil dalam memberikan liputan kepada ketua menteri, menteri dan program kerajaan negeri tidak benar.
"Ini kerana dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, RTM telah membuat liputan 181 aktiviti melibatkan ketua menteri, menteri-menteri dan Kerajaan Negeri Sarawak, yang disiarkan melalui pelbagai platform RTM," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Ramadan anjuran Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), di sini malam tadi.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Syed Md Najib Syed Md Noor.
Gobind berkata RTM diberikan kebebasan untuk membuat liputan selaras dengan dasar kerajaan yang memperjuangkan kebebasan media.
"Saya tidak akan arahkan RTM untuk lakukan sesuatu perkara kerana saya rasa ini bertentangan dengan pendekatan yang kita ambil.
"Kita juga tidak halang RTM daripada membuat liputan acara Kerajaan Negeri Sarawak, sekiranya ada masalah mereka boleh berjumpa pengarah RTM negeri atau tulis surat kepada kita," katanya.
Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah meluahkan rasa kecewa kerana program kerajaan negeri kurang mendapat liputan daripada RTM.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kes seorang remaja perempuan yang dijumpai mati di tempat letak kereta di Batu Kawa, Kuching, pada Selasa, selepas memuat naik status "Really important, Help me to choose D (Death) or L (Life)" di 'Instagram Story' yang mendapat undian 69 peratus untuk mati, Gobind berkata pihaknya akan meneliti perkara itu dan mencari jalan penyelesaian supaya perkara tersebut tidak berulang lagi.
"Saya telah arahkan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk dapatkan fakta dan selepas itu mungkin ada keperluan untuk polis jalankan siasatan.
Saya rasa pada masa yang sama kita mahu lihat bagaimana Akta Komunikasi dan Multimedia dapat mengatasi masalah ini," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed May 15 2019
Gobind melawat Pusat Mel Nasional sempena Program Mesra Ramadan Bersama Warga Pos Malaysia, Shah Alam, 15 Mei, 2019. Turut kelihatan, Syed Md Najib (tiga, kanan). - BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Peningkatan kadar sewa bilik hotel bajet akan jejaskan industri pelancongan - Abdul Karim
Rancangan MyBHA untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan.
Muzium Sarawak jalin kerjasama dengan Jabatan Pendidikan
Abdul Karim berkata, muzium bukan hanya untuk mempamerkan barangan purba malah tempat untuk mempelajari sejarah dan khazanah.
Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).
SUKMA: Acara futsal wanita, 10 meter platform wanita digugurkan
Abdul Karim berkata kedua-dua acara tersebut terpaksa digugurkan kerana kurang jumlah penyertaan.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Sarawak pilihan utama penganjuran acara besar beberapa tahun akan datang - Abdul Karim
Sarawak akan menjadi lokasi pilihan utama bagi penganjuran acara besar dalam beberapa tahun akan datang.
13 acara sukan dipertandingkan pada SUKSAR III
Kelayakan atlet menyertai SUKSAR III itu adalah mereka berusia 21 tahun ke bawah serta tidak pernah memenangi pingat emas pada SUKMA.
Isu Palestin: Karim, Alexander bersemuka tangani perbezaan
Kedua-dua pihak sebelum ini dilihat seolah-olah berbalah, apabila Alexander dilihat menyokong pendirian NGO dan pembangkang.
Semangat juang Michael Riman wajar dikenang generasi muda - Abdul Karim
Semangat ditunjukkan mendiang Mejar (B) Michael Riman Bugat dalam berjuang untuk mempertahankan negara wajar dikenang oleh generasi muda Malaysia.
Sarawak tidak benarkan artis antarabangsa yang bertentangan dengan pendirian Malaysia beraksi
Sarawak menolak kemasukan artis antarabangsa yang mengkritik pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).