Sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya termasuk terowong jalan raya dan pengurusan air banjir (SMART) mengumumkan penyelarasan kadar tol di lebuh raya seliaan masing-masing berkuatkuasa hari ini.
Tinjauan Astro AWANI di salah sebuah tol di ibu negara mendapati orang ramai melahirkan rasa kesal dengan kenaikan kadar tol yang disifatkan sebagai membebankan mereka.
Kenaikan kadar tol di antara 10 sen dan RM3 itu menyebabkan perbelanjaan tambahan lebih daripada RM100 sebulan.
Seorang pengguna lebuh raya Ramli Samad berkata beliau tiada pilihan lain kerana bekerja di luar pejabat.
"Saya tidak ada pilihan lain kalau nak guna jala-jalan biasa dengan kesesakan teruk. Bagi individu seperti saya yang bekerja di luar pejabat sudah tentu susah nak naik kenderaan awam ataupun nak berkongsi kereta."
Muhammad Fauzi Nazri, seorang kontraktor, pula berkata, "Memang menyusahkan rakyat terutama yang duduk di Kuala Lumpur. Banyak barang yang naik seperti tol minyak apa semua pun naik sekarang ini."
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata kerajaan tidak seharusnya terus menanggung pampasan sangat tinggi syarikat konsesi lebuh raya.
Untuk rekod, kerajaan membayar RM510 juta bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini sahaja untuk pampasan tol.
Beberapa pemegang konsesi lebuh raya di seluruh negara pada Isnin mengumumkan kenaikan kadar tol masing-masing bermula 15 Oktober.
Kadar baharu itu membabitkan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE/Grand Saga), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).
Melissa Ong
Thu Oct 15 2015
Tinjauan kami mendapati orang ramai melahirkan rasa kesal dengan kenaikan kadar tol yang disifatkan sebagai membebankan. -Gambar fail
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Cubaan dua lelaki seludup daun ketum ke Lembah Kelang tumpas
Ambil kesempatan sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bawa ketum untuk dijual di Kuala Lumpur.
PKPB: Berani lolos ke kampung, beranilah tanggung akibatnya - Ismail Sabri
Mereka yang lolos pulang ke kampung terutamanya kakitangan awam dinasihatkan pulang semula bekerja sekiranya diarahkan berbuat demikian.
Satelit Tiangong-1 lintasi Malaysia pada ketinggian 176.908 Kilometer
Tiangong-1 akan melintasi ruang udara Malaysia jam 2.28 petang bermula dari arah barat melintasi Lembah Kelang dan Pahang.
Bekalan air di Lembah Kelang mulai pulih tengah malam ini secara berperingkat
Kerja pembaikan di SSP3 selesai dan bekalan air dijangka pulih mulai tengah malam ini secara berperingkat.
Minda kelas ketiga, punca oBike 'diratah'
Isu vandalisme terhadap perkhidmatan perkongsian basikal, Obike, makin berleluasa kerana minda masyarakat yang masih pada tahap ketiga.
Susu tiruan atau tercemar? KPDNKK, KKM mesyuarat petang ini
Mesyuarat itu akan membincangkan isu susu yang dipercayai menjadi punca bayi yang mengambilnya mengalami kulit melepuh, muntah berterusan dan dehidrasi.
Permintaan bagi hartanah mewah masih kukuh - UEM Sunrise
Contohnya, kadar pembelian projek Residensi Solaris Parq di Dutamas di Kuala Lumpur cecah 80 peratus dalam masa kurang dua bulan.
MRT Corp rancang bina laluan ketiga projek MRT Lembah Kelang
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd kini merancang pembangunan laluan ketiga Projek MRT Lembah Klang, melibatkan kawasan pusat bandar dan berkemungkinan menjadi laluan bawah tanah sepenuhnya.
Rungutan pengguna lebuh raya susulan kenaikan kadar tol
Tinjauan Astro AWANI di sebuah tol di ibu negara mendapati orang ramai melahirkan rasa kesal dengan kenaikan kadar tol yang disifatkan sebagai membebankan mereka.
Bekas penyewa diburu susulan penemuan mayat disimen di lantai dapur
Polis sedang menjejaki bekas penyewa sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong di sini bagi membantu siasatan berhubung penemuan satu mayat yang disimen dan mereput di lantai dapur rumah itu.