awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
NVIDIA dilapor uji kemampuan faundri Intel 18A untuk cip AI
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin Nasution mahu jumpa Nurul Izzah

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
25/03/2019
10:33 MYT
Saifuddin Nasution mahu jumpa Nurul Izzah
Saifuddin akan mengatur pertemuan dengan Nurul Izzah tidak lama lagi.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhasrat bertemu dengan Nurul Izzah Anwar secara peribadi berhubung kenyataan kritikal Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH) baru -baru ini dan peletakan jawatannya dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Menurut Saifuddin, beliau belum berkesempatan bertemu Nurul Izzah kerana jadual kerja yang sibuk, tetapi akan mengatur pertemuan dengan bekas Naib Presiden PKR itu tidak lama lagi mengenai perkara itu.
“Saya kenal Nurul Izzah, beliau ada pendirian tertentu terhadap sesuatu perkara dan biasanya beliau memilih untuk menzahirkan secara terbuka dan saya menghormati pendirian beliau sebagai Ahli Parlimen tiga penggal dan sudah tentu beliau mempunyai sudut pandang tertentu bahawa PAC itu harus dipegang oleh seseorang dari pembangkang.
“Saya hormati pendirian beliau dan Perdana Menteri juga sudah memberikan komen, sehingga ada calon yang sesuai perkara itu akan berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Citarasa Malaysia - Hari Bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), di sini pada Isnin.
Dalam masa sama, Saifuddin juga menafikan satu kenyataan yang viral kononnya dikeluarkan oleh Setiausaha PH mengenai kenyataan Nurul Izzah, dan menyebutnya sebagai "berita palsu".
Nurul Izzah sebelum ini dalam wawancaranya dengan sebuah akhbar luar negara berkata beliau tidak akan bertanding lagi dalam PRU15.
Menurut Laporan Straits Times Singapore, Nurul Izzah yang diberi gelaran puteri reformasi itu menyifatkan kerajaan PH ambil langkah perlahan dalam pentadbiran negara.
Selain itu, Nurul Izzah menerusi posting dalam Facebook pada Jumaat lalu mengumumkan peletakan jawatannya dalam PAC.
BACA: 'Ini cukup tidak beretika!' - Khairuddin selar komen negatif Nurul Izzah terhadap Tun M
BACA: Nurul Izzah letak jawatan anggota PAC
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Nurul Izzah
#Nurul Izzah Anwar
#Pakatan Harapan
#Setiausaha Agung PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan