awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Sanggup dikuarantin, asalkan di tanah air sendiri".. Ini rayuan anak Malaysia di Wuhan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/01/2020
12:21 MYT
"Sanggup dikuarantin, asalkan di tanah air sendiri".. Ini rayuan anak Malaysia di Wuhan
Tiada pilihan lain, dia terpaksa meredah bandar yang dahulunya punyai jutaan penduduk, hanya demi mendapatkan bekalan makanan, iaitu hanya mi segera. - Foto Ihsan Ivan Yeo
SANGGUP dikuarantin di hospital, asalkan di tanah air sendiri.
Itu luahan hati pelajar Malaysia di University Geoscience China di Wuhan, Ivan Yeo Zhi Yu, seorang anak kelahiran Bintulu, Sarawak yang sudah lebih seminggu tidak keluar daripada asrama universitinya.
Meskipun mengakui ada bekalan makanan dihantar oleh Kedutaan Malaysia, namun rakyat Malaysia seperti Ivan perlu patuh dengan beberapa larangan ditetapkan buat masa ini.
Tiada pilihan lain, dia terpaksa meredah bandar yang dahulunya punyai jutaan penduduk, hanya demi mendapatkan bekalan makanan, iaitu hanya mi segera.
BACA: Koronavirus: Kerajaan sedia bawa balik rakyat Malaysia di Wuhan - Dr Mahathir
"Kedutaan Malaysia di China ada hantar bekalan makanan kepada kami. Tapi sistem penghantaran pada ketika ini telah dihentikan.
"Mereka menyekat kemasukan produk dari luar kerana ia melibatkan penularan virus sebagainya. Buat masa ini tidak ada barangan luar dibenar dibawa masuk ke dalam asrama kami.
"Ada antara kami yang berjaya dapatkan bekalan makanan. Saya masih di dalam bilik asrama sejak seminggu lalu.
"Hari ini saya keluar untuk mendapatkan bekalan makanan daripada kedai. Saya hanya dapat bekalan mi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Takut, cemas dan khuatir - semua rasa itu kini bercampur dan langsung tidak dapat diketepikan walaupun sering dihubungi ahli keluarga yang jauh.
"Kami sebenarnya amat risau ketika ini. Terutama selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasi semula penarafan iaitu tahap tertinggi di China. Kami sangat risau dan takut.
"Selepas mereka mendapatkan berita tersebut, mereka bertanya saya ada masih di Wuhan. Saya kata masih di Wuhan.
"Mereka minta saya terus bersabar, bertenang, jangan risau dan sebagainya. Kami sebenarnya amat risau terhadap segala yang berlaku," akuinya.
Tiada lain harapan Ivan - melainkan dapat pulang ke tanah air, biarpun perlu berminggu di dalam hospital.
"Saya mahu pihak kerajaan terus memaklumkan kepada kami tentang situasi semasa. Saya harap kerajaan dapat ambil langkah berjaga-jaga terhadap warga China yang ke Malaysia.
"Saya amat berharap kami dapat pulang ke Malaysia dan tinggal di hospital," ujarnya.
Ivan merupakan antara 78 rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, China.
Mereka terdiri daripada pelajar, golongan profesional serta ahli keluarga mereka.
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#kesihatan
#koronavirus
#novel coronavirus
#rakyat Malaysia
#rakyat Malaysia di Wuhan
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan