Kepakaran Sarawak menerusi Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) dalam membangunkan kuasa hidroelektrik mendapat perhatian kerajaan Indonesia.
Ia terbukti apabila Sarawak Energy bakal menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Republik itu bagi membangunkan empangan hidroelektrik di Kalimantan.
Ini sebagai sebahagian persediaan Indonesia membangunkan kuasa elektrik grid dalam merealisasikan pemindahan ibu kota Jakarta ke Kalimantan Timur menjelang 2024.
BACA JUGA: Indonesia tukar ibu negara ke Kalimantan: Perlu keperluan pembangunan jalan sempadan
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sekiranya kerjasama ini menjadi kenyataan, ini bermakna Sarawak Energy mempunyai kepentingan di seluruh Borneo.
“Jadi sekarang kita ada inisiatif di antara kerjasama Indonesia dan Malaysia dalam kerjasama di bidang kuasa, pihak kita telah dipinta untuk membantu membangunkan kuasa hidro di sebelah Kalimantan.
“Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah meminta supaya ia dapat dilaksanakan dan Insya Allah minggu depan saya akan berkunjung ke Jakarta dengan menteri yang bertanggungjawab,” katanya.
Terdahulu Abang Jo mendedahkan bahawa Indonesia nyatakan hasrat usahasama dengan Sarawak yang punya kepakaran dalam bidang hidro.
Fasa pertama pemindahan Jakarta ke Kalimantan Timur bermula tahun ini dan dijangka siap pada 2024.
Manakala tempoh pembangunan ibu kota baharu itu dijangka ambil masa 15 hingga 20 tahun.
Astro Awani
Mon Feb 17 2020
Terdahulu Abang Jo dedahkan bahawa Indonesia nyatakan hasrat usahasama dengan Sarawak yang punya kepakaran dalam bidang hidro. FOTO: Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
PRN Sarawak: Abang Jo seru masyarakat Cina sokong SUPP
Abang Johari meminta masyarakat Cina yang kebanyakannya menyokong pembangkang dalam PRN-11 harus berfikir sebaik-baiknya sebelum membuat undian dalam PRN12.
PRN Sarawak: Tujuh ADUN SUPP akan pertahankan kerusi - Ting
Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) akan mempertahankan kerusi masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
PRN Sarawak: GPS kenal pasti calon, bakal umum tidak lama lagi - Abang Jo
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) telah dikenalpasti
PM mulakan lawatan kerja sehari ke Kuching
PM antara lain dijadual menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) disusuli lawatan ke tapak pembinaan Hospital Petra Jaya dan Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia.
Agong penentu bila PRN Sarawak - Annuar Musa
Keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bajet Sarawak 2022: Penjawat awam negeri itu terima bantuan satu setengah bulan gaji - Abang Jo
Bajet Sarawak 2022 hari ini diluluskan dan antara lain memperuntukkan bantuan khas sebanyak sebulan setengah gaji kepada seluruh penjawat awam Sarawak.
Sistem ART kedua di Sarawak akan dibangunkan di Bintulu - Abang Johari
Sarawak akan melaksanakan Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) keduanya di Bintulu selepas Kuching, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Kerajaan Sarawak sedang urus penghantaran bekalan oksigen ke Kalimantan Barat
Pejabat Ketua Menteri telah menerima surat permohonan bantuan logistik daripada Gabenor Kalimantan Barat, Sutarmidji pada Rabu berkenaan perkara itu.
Pemimpin GPS selesai menghadap Agong
GPS diwakili Presiden PBB, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing, Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King SiNG
MKMA63 kembalikan kuasa pentadbiran Sipadan, Ligitan kepada Sabah, kawalan agihan gas kepada Sarawak
Sabah kini mempunyai hak mutlak terhadap pentadbiran Sipadan dan Pulau Ligitan, manakala Sarawak akan diberikan kawalan penuh terhadap pengurusan sumber gas negeri itu.