MALAYSIA
"Saya ada dengar mengenai pertemuan di rumah Azmin itu, tetapi...'' - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad ditemui dalam sidang media Kongres dan Pameran Antarabangsa Minyak Kelapa Sawit (PIPOC) 2019 di Ibu Negara pada Selasa. Foto: Astro Awani
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau ada mendengar mengenai pertemuan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di kediaman rasminya pada Isnin.
Namun beliau menegaskan tidak mengetahui apa yang dibincangkan.
"Saya dengar (pertemuan itu) tetapi tidak tahu apa-apa (dibincangkan)," kata perdana menteri ketika diminta mengulas isu berkenaan dalam sidang media di Kongres dan Pameran Antarabangsa Minyak Sawit (PIPOC) 2019 di ibu negara pada Selasa.
Menurut portal berita tempatan, kesemua wakil rakyat dipercayai telah berada di kediaman Mohamed Azmin di Presint 10 Putrajaya pada malam Isnin.
Antara yang dilihat hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaffar, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid, Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim.
Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Mohd Nor, Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman dan Ahli Parlimen Gerik Datuk Hasbullah Osman.
Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin yang dilihat individu terakhir keluar dari kediaman Mohamed Azmin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami