awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes pelajar UniSZA maut: Pemandu didakwa mencuri
Bekas pengetua sekolah agama hadapi 23 tuduhan pecah amanah
Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden kemalangan tren di Sepanyol - Wisma Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya akan lawan, bersihkan nama saya" - Musa Aman

Hilmi Malik
Hilmi Malik
05/11/2018
09:42 MYT
"Saya akan lawan, bersihkan nama saya" - Musa Aman
Menurut Musa, beliau akan berusaha untuk membersihkan namanya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
"Saya akan lawan dan terus bersihkan nama saya".
Demikian kata bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ketika ditemui selepas didakwa 35 pertuduhan berhubung konsesi balak bernilai US$63.5 juta (RM263.46 juta) di negeri itu, 13 tahun lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga turut mempertikaikan mengapa kes itu dibuka semula sedangkan ia telah selesai sebelum ini.
"Saya sendiri tidak faham kenapa kes ni tiba-tiba dibuka semula sedangkan perkara ini sudah selesai sejak 10 hingga 14 tahun lalu, dan sekarang saya terpaksa berdepan semula dengan kes ini, saya tidak pasti perkara ini terdapat unsur politik", katanya kepada media di sini hari ini.
Ujar Musa, beliau bersama barisan peguamnya akan terus berusaha sehingga namanya bebas dari kesemua pertuduhan itu.
BACA: Rasuah balak: Musa Aman mengaku tidak bersalah
Musa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi berdepan 35 pertuduhan berkaitan konsesi balak yang membabitkan beberapa syarikat.
Beliau dibenarkan ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin, manakala dua pasport beliau diserahkan kepada pihak mahkamah.
Topic Berkaitan
#balak
#mahkamah
#Musa Aman
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan