MALAYSIA
"Saya akan umum tarikh serah jawatan" - PM

Dr Mahathir Mohamad mengulangi kata-katanya akan memegang janji berkaitan penyerahan kuasa kepada Anwar Ibrahim. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi kata-katanya akan memegang janji berkaitan penyerahan kuasa kepada pengganti beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya akan umumkan (tarikh) nanti, tapi saya akan pegang janji saya," kata beliau ringkas ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air di Muzium Kesenian Islam, pada Jumaat.
Dalam satu temuramah dengan Bloomberg beberapa hari lalu, Presiden PRK itu berkata, beliau akan mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mei 2020.
“Ada kesefahaman bahawa ianya akan berlaku sekitar waktu itu, tetapi saya fikir saya tak perlu terlampau cerewet bulan berapa,” kata Anwar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami