Saya bukan 'barua Cina'! - Rosyam Nor

Saya bukan 'barua Cina'! - Rosyam Nor
Rosyam Nor (tengah) pada sidang media yang turut dihadiri Ho Ah Chai (kiri) dan Raymond Ho.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah Datuk Rosyam Nor melahirkan rasa sedih apabila digelar sebagai 'barua Cina' oleh segelintir netizen di laman sosial.

Menurutnya, dia mempunyai 10 peratus saham dalam syarikat ST Rosyam Mart manakala selebihnya dimiliki oleh Pengarah Sri Ternak Group Sdn Bhd, Datuk Raymond Ho Cheng Hann dan adiknya Alan Ho Cheng Yek.

"Pengunaan perkataan 'barua' itu sangat menyedihkan buat saya dan keluarga. Sekiranya terdapat kecaman-kecaman lain saya masih boleh terima.

"Saya berasa sangat sedih dan malu atas tindakan yang dilakukan kerana niat saya ingin membantu masyarakat Melayu untuk mendapakan barangan yang murah tapi lain pula yang jadi," katanya pada sidang media di ST Rosyam Mart pada Sabtu.

BACA: 'Jangan jatuhkan perniagaan orang' - Rosyam Nor

Tegasnya, dia bukan duta untuk ST Rosyam Mart seperti didakwa netizen.

"Saya mempunyai 10 peratus saham. Selebihnya adalah milik Datuk Raymond dan adiknya," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga tidak pernah mengatakan bahawa ST Rosyam Mart adalah dimiliki sepenuhnya secara peribadi.

Selain Rosyam, sidang media itu turut dihadiri pihak ST Rosyam Mart Sdn Bhd.


BACA: Rosyam Nor buat sidang media esok, jelas isu pasar raya

Pasar raya ST Rosyam Mart yang dibuka 24 jam sehari mula beroperasi di Setiawangsa sejak pertengahan tahun lalu.

Pasar raya ini pernah diserbu pelanggan kerana menawarkan ayam mentah pada harga 80 sen sahaja seekor.


Tag: ST Rosyam Mart, Rosyam Nor, barua Cina, Sri Ternak Group Sdn Bhd, Raymond Ho Cheng Hann, Alan Ho Cheng Yek


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.