awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya maafkan suami' - Pavithra

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/07/2020
06:57 MYT
'Saya maafkan suami' - Pavithra
Pavithra yang kelihatan sedih memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap rancangan masakan kendalian mereka di saluran YouTube 'Sugu Pavithra'. - Gambar Fail
“Saya maafkan suami,” itulah antara luahan ringkas diberikan Youtuber masakan terkenal, S. Pavithra berhubung konflik yang berlaku ke atas dirinya dan suami yang menarik perhatian masyarakat seluruh negara, sejak beberapa hari lalu.
Pavithra, 28 tahun, berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah yang berlaku sebaliknya, mahu memberi perhatian kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube.
Bercerita lanjut, Pavithra menjelaskan, apa yang berlaku semuanya berkaitan masalah keluarga dan dia sudahpun maafkan suami atas apa yang berlaku.
"Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja," katanya.
Dia berkata demikian selepas menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Jumaat.
Terdahulu, suaminya, M Sugu, 29 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit di tempat awam.
BACA: Suami YouTuber masakan terkenal direman tiga hari
BACA: Suami YouTuber masakan terkenal mengaku tidak bersalah miliki senjata bahaya
Pavithra yang kelihatan sedih memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap rancangan masakan kendalian mereka di saluran YouTube 'Sugu Pavithra'.
"Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami," ujarnya.
Topic Berkaitan
#bahaya
#jenayah
#M Sugu
#Mahkamah Sesyen
#S Pavithra
#senjata
#senjata bahaya
#viral
#YouTube
#YouTuber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan