awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya mungkin di hospital bila awak datang," pesan akhir Tunku Jalil buat Faizdickie

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
06/12/2015
02:23 MYT
"Saya mungkin di hospital bila awak datang," pesan akhir Tunku Jalil buat Faizdickie
Personaliti tanah air, Faizdickie atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 27, turut meratapi pemergian Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang mangkat malam tadi.
Personaliti tanah air, Faizdickie atau nama sebenarnya Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 27, turut meratapi pemergian Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil yang mangkat malam tadi.
Menerusi laman Instagramnya, Faizdickie menyatakan rasa kesal kerana tidak sempat meluangkan masa untuk melawat Almarhum Tunku Jalil ketika kesihatannya semakin tenat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
“Jangan tunggu. Itu sahaja nasihat abang. Jangan tunggu. Kalau ada sesiapa yang patut anda jumpa, pergilah. You will never know,” tulis Faizdickie sambil memuat naik sekeping gambar perbualan WhatsAppnya dengan Almarhum, dua minggu lalu.
Menurut Faizdickie, dia sepatutnya menziarahi Almarhum di hospital, dua minggu lepas ketika menghantar anak buahnya ke Segamat, Johor Bahru.
Tetapi, oleh kerana kesuntukkan masa, Faizdickie tidak sempat untuk menziarahi Almarhum pada masa itu.
Tambah Faizdickie, Almarhum juga merupakan seorang insan yang kuat dan tabah kerana apabila setiap kali bertanya mengenai kesihatannya, Almarhum akan berkata, ‘still surviving’.
BACA: "Lil, Siti hilang pemberi semangat di kala kesedihan" - Siti Nurhaliza
Namun, pada 17 November lalu, apabila Faizdickie bertanya khabar menerusi Whatsapp, Almarhum menyatakan bahawa keadaannya semakin tenat.
“Saya amat sedih dengan berita pemergiannya. Ralat sungguh hati abang. Dua minggu lepas saya sepatutnya melawat baginda selepas mengetahui bahawa Tunku sakit. Sebelum ni, setiap kali abang tanya pasal kesihatan Tunku, Tunku akan jawab 'still surviving'. Tunku memang seorang insan yang kuat dan tabah.
“Tapi, pada hari itu bila abang tanya, dia cakap dia tenat. Jadi, abang rancang hendak melawat dia masa hantar anak buah abang ke Segamat.
“Tetapi malangnya, abang kesuntukan masa pada masa itu. Jadi, abang tidak sempat pergi melawat.
“Membaca ayat terakhir di WhatsApp itu benar-benar menyedihkan saya. Tunku, anda berada di tempat yang lebih baik sekarang. Berehatlah Tunku Jalil," tulis Faizdickie di laman Instagramnya.
Don't wait. Itu je nasihat abang. Don't wait. If ada someone yang patut kau jumpa, pergilah. You will never know. I am truly saddened by the news. Ralat sungguh hati abang. Two weeks ago i was supposed to pay him a visit lepas dapat tau yang Tunku sakit. Sebelum ni, everytime abang tanya pasal kesihatan Tunku, Tunku akan jawab 'Still surviving'. Such a strong person he was. Tapi, that time bila abang tanya, dia cakap dia seriously ill. So, abang plan nak melawat dia masa hantar anak buah abang ke Segamat. Unfortunately, abang kesuntukkan masa time tu. End up, abang tak sempat pergi melawat. I wanted to text him untuk cakap sorry but I WAITED.. and WAITED.. lengah-lengah masa. Until dapat tau pasal news ni. Hurm Gosh. Reading that last sentence kat whatsapp tu really breaks my heart. Takpe Tunku, you're in a better place now. Berehatlah Tunku Jalil.
Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati.
Topic Berkaitan
#Faizdickie
#Johor
#mangkat
#Tunku Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan