awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
Arteta dikritik sekat kreativiti Eze
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tidak tahu bagaimana boleh dapat 138 tanda tangan" - Tun M ulas akuan bersumpah Ahli Parlimen

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
14/02/2020
07:47 MYT
"Saya tidak tahu bagaimana boleh dapat 138 tanda tangan" - Tun M ulas akuan bersumpah Ahli Parlimen
Dr Mahathir kehairanan dan tidak tahu-menahu laporan yang mendakwa 138 Ahli Parlimen telah menandatangani akuan bersumpah yang menyokong beliau. - Gambar fail
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kehairanan dan tidak tahu-menahu laporan yang mendakwa 138 Ahli Parlimen telah menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong beliau menerajui negara sehingga habis penggal.
Tegas Dr Mahathir, beliau tidak terlibat sama sekali dengan apa-apa gerakan yang dibuat untuk menggagalkan proses peralihan kuasa.
Dalam masa sama, Dr Mahathir berkata, kekerapan media memainkan isu peralihan kuasa menyebabkan pelbagai kenyataan dikeluarkan berhubung perkara itu dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).
"Hari ini PH mempunyai majoriti. Macam mana boleh dapat angka 138, itu orang lain punya kerja. Saya tidak tahu mereka boleh buat macam itu... maknanya PH mesti sokonglah dapat angka macam itu.
"Saya dengar macam-macam cerita. Sampai jadi PM (Perdana Menteri) 20 tahun lagi. Saya umur 94 (tahun) beberapa bulan lagi 95.
"Mana boleh tahan... ini press (media) lah. Press seronok sangat Kalau ada kontroversi baru ada cerita.
"Bagi press saya dengan Anwar 'bertumbuk' apa semua lagi seronok cerita. Pemimpin Pakatan buat kenyataan sebab ditanya. Kalau tidak tanya tiada kenyataan," kata Perdana Menteri lagi.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan majllis pecah tanah Villa Sirehan dan lawatan ke tapak projek Rebungan Resort di Bukit Gaong, di sini pada Jumaat.
BACA: Tun M ulangi janji letak jawatan lepas APEC
Akhbar The Star melaporkan terdapat satu SD yang ditandatangani oleh 138 Ahli Parlimen untuk menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal ini.
Berdasarkan perincian akuan tersebut. 18 daripada Ahli Parlimen yang berbuat demikian merupakan dari parti Pas diikuti 26 (PKR), 26 (Bersatu) dan sekurang-kurangnya 13 Ahli Parlimen UMNO.
Topic Berkaitan
#138 Ahli Parlimen
#akuan bersumpah
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#SD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan