awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M ulangi janji letak jawatan lepas APEC

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
14/02/2020
04:49 MYT
Tun M ulangi janji letak jawatan lepas APEC
Dr Mahathir Mohamad menandatangani batu asas projek Rebungan Resort di Langkawi pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi janjinya untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas penganjuran Kerjasama Ekonomi Asia (APEC) 2020 pada pada November ini.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak terlibat dalam mana-mana gerakan atau kumpulan yang kini didakwa dalam usaha menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengganti beliau menerajui negara.
Dalam masa sama, Dr Mahathir mengakui, kenyataan yang dibuat Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) dalam pertemuan dengan beliau di Putrajaya pada Khamis adalah benar.
"Dia (Anwar) jumpa dengan saya. Dan apa dia buat kenyataan itu betul lah. Saya tak kata apa.
"Saya tak terlibat dengan sebarang kegiatan lain. Saya janji saya akan letak jawatan selepas APEC dan pegang pada janji saya... (saya) tak terlibat dengan perkara lain.
"Saya janji akan letak jawatan selepas APEC. Itu saya pegang kepada janji saya. Tak terlibat dengan yang lain... cuma janji letak jawatan akan letak jawatan..." kata Dr Mahathir. BACA: Tun M tidak terlibat dalam akuan berkanun, janji serah jawatan - Anwar Ibrahim
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan majllis pecah tanah Villa Sirehan dan lawatan ke tapak projek Rebungan Resort di Bukit Gaong, di sini pada Jumaat.
Pada Khamis, Anwar yang mengadakan pertemuan empat mata dengan Dr Mahathir di Putrajaya.
Perbincangan mengenai peralihan kuasa menjadi tumpuan pertemuan Anwar dengan Dr Mahathir selain dakwaan kononnya terdapat laporan yang menyebut ada usaha daripada PAS, UMNO dan PKR yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan (akuan berkanun - SD) menyokong kepimpinan Dr Mahathir sehingga akhir penggal.
Topic Berkaitan
#Kerjasama Ekonomi Asia
#letak jawatan lepas APEC
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Tun M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan