BERIKUT ialah sejarah penubuhan Lembaga Tabung Haji (TH) 55 tahun lalu dan peranan Yayasan Tabung Haji yang ditubuhkan pada 2016.

Lembaga Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) ditubuhkan pada 1969. Pada ketika itu, TH dikenali sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) sebelum ditukar kepada TH pada 1995.

LUTH merupakan gabungan antara Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji (PWSBH) yang ditubuhkan pada 1963 dan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang ditubuhkan pada 1951.

Pada zaman sebelum wujudnya TH, tiada institusi kewangan Islam untuk umat Islam Malaysia mengumpul wang bagi menanggung kos perbelanjaan menunaikan haji.

Walaupun ketika itu sudah wujud beberapa bank di negara ini, umat Islam enggan menabung dengan perbankan konvensional untuk tujuan mengerjakan ibadat haji.

Ini kerana mereka mahu memastikan tabungan mereka bebas dari sebarang unsur dan amalan riba agar haji yang diperolehi nanti adalah haji mabrur.

TH ditadbir berdasarkan kepada Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dan perintis dalam institusi kewangan Islam bagi memudahkan umat Islam menyimpan untuk tujuan mengerjakan Haji.

TH diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk mengurus pelbagai kemudahan demi kebajikan jemaah haji negara secara komprehensif dan sistematik.

Antaranya pengurusan simpanan (deposit) yang terbaik serta halal, selain aktiviti pelaburan bagi tujuan memberi nilai tambah kepada pengurusan haji dan pembayaran hibah kepada para pendeposit.

Sehingga 2017, TH menguruskan deposit melebihi RM73 billion.

Perniagaan TH tidak tertumpu kepada pengurusan Haji di dalam negara, malah turut menceburi bidang pelaburan di luar negara.

Antaranya di Indonesia dalam sektor perladangan, dan di United Kingdom serta Australia dalam sektor kewangan Islam; teknologi maklumat; minyak dan gas; hospitaliti; pelaburan hartanah dan pembinaan.

Yayasan Tabung Haji

Yayasan Tabung Haji (YTH) pula telah ditubuhkan pada 2016 untuk melaksanakan, antara lain, bantuan kemanusiaan dan menyumbang kepada golongan kurang berkemampuan, miskin dan yang memerlukan, di mana TH menyumbang sebanyak RM7 juta kepada program tersebut.

Antara lain, berikut adalah objektif utama YTH:BACA: Prestasi Kewangan Tabung Haji dari 2012-2016

BACA: Ini aset yang dimiliki TH di dalam dan luar negara