Sekatan ke luar negara adalah cadangan rakyat, PTPTN masih berpegang kepada janji manifesto

Sekatan ke luar negara adalah cadangan rakyat, PTPTN masih berpegang kepada janji manifesto
PTPTN sebagai badan pelaksana perlu mendengar pendapat rakyat dan mengambil langkah yang lebih proaktif untuk memudahkan peminjam dan bakal peminjam. -Gambar fail
KUALA LUMPUR : Sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang culas masih pada peringkat cadangan dari rakyat menerusi platform Konsultasi Nasional yang dilancarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Menurut Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, pihaknya berpegang kepada janji dalam manifesto sebelum ini yang menghentikan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam.

Bagaimanapun, PTPTN sebagai badan pelaksana perlu mendengar pendapat rakyat dan mengambil langkah yang lebih proaktif untuk memudahkan peminjam dan bakal peminjam.

“Sekatan ke luar negara ini memang cadangan dari orang awam. Kita masih berpegang kepada janji dalam manifesti kami yang menghentikan penyekatan ini.
“Tetapi realitinya masih ada yang berpendapatan sekatan ini perlu dilakukan dan ada dasar yang menunjukkan ada faedah dari sekatan sebegini.

“Jika dilihat dalam dokumen Konsultasi Nasional masih ada cadangan lain dan sekatan lain yang disuarakan oleh orang awam. Jadi jika anda rujuk kepada dokumen (Konsultasi Nasional) anda boleh lihat beberapa cadangan lain yang dikemukakan,” katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.



BACA: Sekat perjalanan ke luar negara bukan cadangan PTPTN

Secara peribadinya, jelas Wan Saiful, beliau sendiri tidak selesa dengan cadangan sekatan ke luar negara ini.

“Bagaimanapun kita menghormati pandangan rakyat dan menerusi platform inilah mereka boleh suarakan pandangan mereka untuk dianalisa semula.

“Saya faham untuk beberapa minggu ini mesej yang disampaikan ini tidak akan jelas, namun saya percaya untuk beberapa hari akan datang rakyat akan memahami sepenuhnya tujuan platform ini diadakan,” ujarnya.

BACA: Isu PTPTN: Saranan senarai hitam bercanggah manifesto PH - NGO

BACA: MBM beri amaran kepada PTPTN: Jangan banyak pusing

BACA: PTPTN: Cadangan sekatan terhadap peminjam culas terlalu ekstrem - MBM


Dalam pada itu, jelas Wan Saiful, Konsulatasi Nasional yang dilancarkan di laman web PTPTN bakal dibentangkan kepada tiga kementerian berkaitan iaitu Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan serta Kewangan.

Katanya lagi, semua maklumat itu dianalisis secara terperinci dan keputusan yang bakal dicapai akan dibentangkan kembali kepada rakyat.

Tag: PTPTN, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara, sekatan, luar negara, Wan Saiful Wan Jan, manifesto


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.