Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Semak Fakta: Tiada kes kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Malaysia

Semak Fakta: Tiada kes kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Malaysia
Tangkapan skrin status Facebook seorang individu mengenai laporan palsu kematian pertama akibat COVID-19.
KUALA LUMPUR: Walaupun telah dinasihatkan berkali-kali oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar orang ramai tidak menyebarkan berita palsu mengenai novel koronavirus (COVID-19), namun masih terdapat sebilangan individu yang masih degil cuba mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat.

Menggunakan nama Mavis JX di akaun media sosial Facebook, individu berkenaan menulis status terdapat kematian pertama rakyat Malaysia akibat COVID-19 di Johor.
"Kematian pertama rakyat Malaysia akibat COVID-19 adalah orang Melayu dari Peserai, Batu Pahat," tulisnya.

Dalam status sama, individu tidak bertanggungjawab itu cuba mengelirukan orang ramai dengan berkongsi video mengenai berita kematian akibat Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) pada April 2014.
Bagaimanapun, akaun Facebook tersebut telah dipadamkan oleh pemiliknya.


BACA: Penduduk disyaki dijangkiti MERS-CoV di bawah pengawasan, bukan dikuarantin

BACA: COVID-19: 190 kes baharu dicatat, jumlah meningkat kepada 428

Pada Ahad, KKM dalam satu kenyataan media melaporkan kes kumulatif COVID-19 di negara ini meningkat kepada 428 kes namun tiada sebarang kematian dicatatkan.


Tag: KKM, COVID-19, Berita palsu, Facebook, Batu Pahat Johor, Mavis JX, Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus MERS-CoV, koronavirus, coronavirus, semak fakta



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.