Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) menasihatkan umat Islam menyemak maklumat status agensi pengelola umrah melalui portal i-Umrah jabatan itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Ketua Pengarah jabatan itu Ahmad Musadad Sulaiman berkata ia bagi membendung masalah penipuan pakej umrah yang semakin berleluasa dan melibatkan mangsa yang banyak terutamanya golongan kurang berkemampuan.
Portal itu, menyediakan maklumat seperti senarai agensi pengelola umrah yang sah, boleh dilayari melalui laman web http://intranet.jawhar.gov.my/umrah/index.php, katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program JAWHAR Bersama "Bersama Santuni Masyarakat" di Kampung Pondok Chegar di sini, hari ini.
i-Umrah ialah sebuah portal yang dibangunkan khas bagi menyalurkan maklumat mengenai agensi-agensi pengelola umrah yang sah sebagai rujukan dan panduan kepada bakal-bakal jemaah umrah negara ini.
Secara dasarnya, portal ini menyediakan maklumat-maklumat seperti senarai agensi pengelola umrah yang sah bagi menguruskan perjalanan jemaah umrah Malaysia dan butiran mengenai syarikat pengelola umrah seperti nama syarikat, nombor telefon dan faksimili.
Ahmad Musadad berkata statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia merekodkan kerugian berkaitan penipuan umrah lebih RM21 juta membabitkan 3,482 kes dari 2012 hingga Oktober tahun lepas.
Beliau tidak menolak kemungkinan kebanyakan kes penipuan itu berlaku disebabkan oleh sikap jemaah yang mahu pakej terlalu murah tanpa menyelidiki latar belakang sesuatu syarikat tersebut.
"Kerajaan telah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah sebanyak RM4,900 dan mana-mana harga yang lebih rendah daripada itu adalah meragukan dan tidak boleh dipercayai.
"Berhati-hatilah dalam pembelian pakej umrah dan kalau ditawarkan bawah harga lantai RM4.900, siasat dahulu... kalau rasa ragu-ragu pilihlah syarikat dan agensi yang telah terbukti berwibawa dalam urusan berkaitan umrah ini agar urusan berkaitan visa juga berjalan lancar," katanya.
Ahmad Musadad berkata umat Islam juga perlu berurusan dengan ejen pelancongan berdaftar dan mempunyai lesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi pengendalian umrah agar tidak mudah tertipu dengan pihak tidak bertanggungjawab.
Terdahulu, seramai 500 asnaf fakir miskin dan pelajar sekolah di daerah Pendang menerima bantuan berupa barangan keperluan dapur, wang zakat serta pakaian seragam sekolah pada majlis itu.
--BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2017
Kerajaan telah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah sebanyak RM4,900 dan mana-mana harga yang lebih rendah daripada itu adalah meragukan dan tidak boleh dipercayai.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
Semak status pengelola umrah di portal i-Umrah - JAWHAR
Ia bagi membendung masalah penipuan pakej umrah yang semakin berleluasa dan melibatkan mangsa yang banyak terutamanya golongan kurang berkemampuan.