MALAYSIA
Sempadan negara bolos: Anda diperhatikan! - Latheefa Koya

Latheefa berkata pihaknya kini sedang bekerja rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenalpasti kumpulan dan anggota penguatkuasa yang terlibat. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Jangan ingat anda terlepas, anda sedang diperhatikan!
Demikian tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aktiviti kegiatan pembolosan penyeludupan rentas sempadan yang berleluasa di kawasan Padang Besar, Perlis.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, pihaknya kini sedang bekerja rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti kumpulan dan anggota penguatkuasa yang terlibat.
"Tugas kami adalah untuk memastikan kegiatan rasuah tidak berulang. Oleh sebab itu, alasan kami mendedahkan (visual kegiatan) mereka adalah untuk memberitahu bahawa mereka sedang diperhatikan, dan kami sudah tahu mengenainya," katanya.
Jelasnya, alasan pihaknya baharu mendedahkan kegiatan tersebut berikutan ribuan kompilasi video yang diterima SPRM memerlukan penelitian, sebelum ia dikeluarkan sebagai bahan bukti.
"Urusan pertukaran shif (kerja) adalah jatuh kepada tanggungjawab PDRM dan PDRM boleh mengenal pasti pegawai yang terlibat. Sebab itu tujuan kami mengaburkan tarikh dan wajah pegawai adalah untuk tujuan keselamatan.
"Ini adalah contoh (aktiviti rasuah) dan kami sedang memantau semua sempadan negara. Ia tidak hanya melibatkan PDRM, tetapi juga (SPRM) berhubung dengan Imigresen dan Kastam," jelasnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami