Tutup

Senator cadang wujudkan akta gangguan seksual untuk lelaki

Senator cadang wujudkan akta gangguan seksual untuk lelaki
Mohd Imran Hamid berkata, ia bagi memastikan golongan tersebut 'selamat' serta menjadikan negara terus aman daripada sebarang gejala yang tidak sihat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Negara pada Rabu mendengar cadangan agar undang-undang gangguan seksual untuk melindungi lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol diperkenalkan.

Cadangan akta baharu itu dikemukakan Senator Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Imran Hamid bagi memastikan golongan tersebut 'selamat' serta menjadikan negara terus aman daripada sebarang gejala yang tidak sihat.

"Wujudkan satu akta gangguan seksual ke atas kaum lelaki akibat perlakuan, percakapan dan pemakaian kaum wanita yang boleh menyebabkan kaum lelaki tergoda.
"Disebabkan hal itu juga boleh menyebabkan lelaki tergoda hingga boleh menyebabkan perbuatan sumbang mahram, rogol, pornografi, raba dan sebagainya.

BACA: Lelaki sejati adalah lelaki yang mampu menahan diri daripada godaan
"Saya berharap menteri boleh pertimbangkan ini (undang-undang baharu) supaya ia boleh diperkenalkan, Insya-ALLAH lelaki akan selamat dan negara akan aman," katanya.

Timbalan Speaker Dewan Negara, Abdul Halim Abdul Samad dalam reaksi balasnya kepada cadangan itu mengatakan ia merupakan satu pandangan yang baik.


Tag: Dewan Negara, akta lindungi lelaki, tergoda, jenayah rogol, akta baharu, Senator PKR, Mohd Imran Hamid, gangguan seksual, sumbang mahram, pornografi


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.