Setakat 4 petang, rumah Najib Razak masih digeledah - Polis

Setakat 4 petang, rumah Najib Razak masih digeledah - Polis
Pemerhatian Astro AWANI, menunjukkan rumah bekas Perdana Menteri itu masih di bawah kawalan pihak polis. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Setakat 4 petang tadi, kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih terus digeledah bagi mencari sebarang barangan peribadi milik beliau untuk disiasat.

Perkara itu telah disahkan oleh beberapa pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang mengawal diluar perkarangan rumah bekas Perdana Menteri tersebut.

Sementara itu, sebuah kereta yang didakwa dipandu oleh anak sulung lelaki, Datin Seri Rosmah Mansur kelihatan masuk ke kediaman mereka yang masih dibawah kawalan pihak PDRM.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan bahawa peguam Najib Razak, Datuk Harpal Singh Grewal telah memberi pengesahan beberapa barangan peribadi beliau telah dirampas.

BACA: Polis rampas beg tangan, pakaian, hadiah dari kediaman Najib

Pencarian di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta di Taman Duta bermula sekitar jam 10.15 malam tadi selepas Najib pulang dari menunaikan solat Terawih di Masjid Kampung Baru di ibu negara.

BACA: TERKINI! Polis sahkan geledah kediaman Najib


Setakat 2 pagi tadi, serbuan yang diketuai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman  itu bertujuan mencari dokumen berkaitan bagi membantu siasatan.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan pihaknya menggeledah kediaman bekas perdana menteri itu di Taman Duta di sini malam tadi.

BACA: Kenapa halang saya jumpa rakan saya Datuk Seri Najib? - Rakan