awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Dewan Rakyat ditangguh ke 18 Mei

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/03/2020
00:24 MYT
Sidang Dewan Rakyat ditangguh ke 18 Mei
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 yang sepatutnya bermula pada 9 Mac ditunda kepada 18 Mei 2020. - Gambar fail
Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung pada 9 Mac ini, ditangguhkan ke 18 Mei.
Perkara itu disahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof selepas pihaknya menerima pemakluman daripada Pejabat Perdana Menteri.
“Tiada persidangan Dewan Rakyat pada 9 Mac.
"Tarikh baru Istiadat Pembukaan Parlimen ialah 18 Mei, 2020,” katanya kepada Astro AWANI.
Sementara itu, Mohamad Ariff dalam satu kenyataan media memaklumkan, Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 ini akan berlangsung selama 15 hari.
Ia selepas beliau telah menerima surat pemakluman yang ditandatangani Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya telah menerima surat pemakluman yang ditandatangani Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis, memaklumkan bahawa pihak Kerajaan memutuskan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 yang sepatutnya bermula pada Isnin, 9 Mac, 2020 ditunda kepada Isnin, 18 Mei 2020 bersamaan 25 Ramadan 1441H,” katanya.
BACA: COVID-19: Tiada penangguhan sidang Dewan Rakyat
BACA: Penjelasan Muhyiddin berkenaan pelantikan sebagai Perdana Menteri
BACA: Tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 2 Mac
Perincian takwim mesyuarat seperti di bawah:
Mengikut jadual dan pemakluman Parlimen sebelum ini, perasmian serentak Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 oleh Yang Di-Pertuan Agong dijadualkan pada Isnin minggu hadapan, iaitu 9 Mac.
Dewan Rakyat akan mula bersidang mulai 10 Mac hingga 16 April iaitu selama 23 hari kecuali setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Manakala sidang Dewan Negara pula akan bermula 20 April hingga 6 Mei iaitu selama 11 hari.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Malaysia2020
#Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga
#Mohamad Ariff Md Yusof
#Parlimen
#Parlimen Ke-14
#pejabat perdana menteri
#sidang
#Sidang Parlimen
#tangguh sidang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan