KTM Berhad memperkenal sistem tiket baharu bagi perkhidmatan KTM Komuter di laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang dan Batu Caves-Sungai Gadut mulai 3 petang ini.

Dalam satu kenyataan, KTM berkata ia akan mula beroperasi di 53 stesen KTM Komuter di laluan berkenaan.

"Sistem tiket baharu ini merangkumi get dan mesin tiket automatik serta mesin pengeluaran tiket di kaunter," katanya.

Melalui sistem tiket baharu itu, token dan kad nilai simpan iaitu 'Komuter Link' dan 'Touch n' Go' akan digunakan sebagai tiket perjalanan menggantikan sistem tiket manual yang digunakan sebelum ini. -- Bernama