Tutup

Siti Hasmah ziarah Syed Saddiq

Siti Hasmah ziarah Syed Saddiq
Siti Hasmah Mohd Ali menziarahi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di wad hospital. - Gambar Instagram Syed Saddiq
MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kini sedang berehat selepas menjalani pembedahan apendisitis pada Sabtu berkongsi gambar di laman Instagram beliau menerima kunjungan isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Sekalipun tidak menyatakan di mana kunjungan itu diadakan, namun berdasarkan gambar yang dirakamkan, Dr Siti Hasmah menziarahi Ahli Parlimen Muar berusia 27 tahun itu di wad hospital.
Mengiringi gambar berkenaan, Syed Saddiq turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan doa dan kata-kata semangat buatnya.

Syed Saddiq dalam masa sama memohon maaf kerana tidak membalas mesej yang dikirim rakan-rakan seperjuangan.
Beliau bersyukur kerana pembedahan yang berlangsung beberapa hari lalu berjalan lancar.

Kata Syed Saddiq, pada masa ini beliau sedang menjalani proses pemulihan di rumah dan akan kembali bertugas selain mengadakan mesyuarat post-mortem kejohanan Sukan SEA.


BACA: Syed Saddiq stabil selepas jalani pembedahan apendisitis


Tag: Syed Saddiq, Siti Hasmah Mohd Ali, pembedahan apendisitis, Menteri Belia dan Sukan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.