Siti Kharina mesra dan pemurah - Jiran

Siti Kharina mesra dan pemurah - Jiran
Siti Kharina dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas. - Gambar fail/FACEBOOK
CYBERJAYA: Penghuni di kawasan kondominium di sini yang Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, ditemui mati menyifatkan beliau seorang yang peramah dan pemurah.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata Siti Kharina, yang menyewa sebuah unit di kondominium itu, selalu dilihat mesra dan menyapa penghuni lain.

"Selalu nampak dia tegur-tegur orang di sini, dengan pengawal keselamatan pun dia baik," katanya yang mula nampak Siti Kharina menetap di kondominium berkenaan pada awal tahun ini.

Seorang lagi penduduk berkata Siti Kharina sering dilihat memberi makanan kepada pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

BACA: Siti Kharina dikelar, darah mengalir sampai ke pintu



Siti Kharina dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas.

Siti Kharina, 40, ditemui mati dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya. Mayat wanita itu ditemui pemilik rumah berkenaan pada Rabu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.


Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


Tag: wanita, mayat, mati, Siti Kharina, bunuh, suspek



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.