Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

SOP Perluasan Kapasiti bagi Solat Jumaat, berjemaah dibentang hari ini - Zulkifli

SOP Perluasan Kapasiti bagi Solat Jumaat, berjemaah dibentang hari ini - Zulkifli
Zulkifli membentangkan SOP Perluasan Kapasiti Jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Berjemaah pada mesyuarat hari ini. - Foto Facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad
KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini membentangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perluasan Kapasiti Jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Berjemaah dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

Menterinya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata prosedur itu dijangka diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada minggu hadapan.
"Ramai yang merindukan masjid dan surau sebagaimana juga saya. Ini adalah tempoh penting bagi sektor sosial (aktiviti masjid dan surau) untuk memasuki fasa strategi keluar (sepanjang pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat)," katanya dalam status yang dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau membentangkan SOP Perluasan Kapasiti Jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat Berjemaah itu pada mesyuarat hari ini yang dipengerusikan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
BACA: Kelonggaran solat jemaah ditarik semula jika ingkar SOP - Ismail Sabri

BACA: Ini antara negeri yang benarkan solat berjemaah bersyarat di masjid ketika PKPB

BACA: Solat Jumaat, berjemaah dibenarkan di masjid, surau di beberapa negeri hari ini

Zulkifli berkata bermula 15 Mei, pendekatan strategi keluar pembukaan masjid dan surau bagi perluasan kapasiti jemaah secara bertahap dilaksanakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya pihak berkuasa agama atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Beliau berkata perkara itu adalah wajar bagi memastikan kesejahteraan umat Islam secara amnya dan juga imej institusi masjid serta surau di Malaysia terus dicontohi dan disegani di peringkat dalam dan luar negara.

 
Sumber Facebook drzulkiflialbakri

BACA: PKPB: Rindu untuk pergi dandan rambut, solat berjemaah di masjid? Tunggu Sabtu ini...

BACA: Arab Saudi benarkan solat di masjid selepas lebih dua bulan

BACA: Penangguhan solat Jumaat, jemaah di masjid dan surau di Selangor dilanjut hingga 30 Jun

Ketika ini, solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan semula di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan dengan bilangan jemaah minimum tiga orang, tidak termasuk imam, dan tidak melebihi 30 orang.

Bagaimanapun SOP solat jemaah di masjid untuk setiap negeri adalah berbeza dan bergantung kepada perkenan sultan masing-masing.

-- BERNAMA